Written by AbangNara | June 26th, 2018

Sedang dilanda demam piala dunia? Kalau ya, kita satu geng! Bukan selalu pun layan piala dunia ni. 4 kali setahun je boleh tengok. Bila lagi nak landing depan TV lama-lama kan.

Sebelum bersiap sedia nak bertapa menonton perlawanan bola sepak ni pastikan segala kerja yang ada di selesaikan bagi mengelakkan gangguan semasa tengok bola nanti. Kalau ada bini yang suruh gi kedai beli barang dapur tu, seeloknya pergi beli siap-siap. Kalau lampin anak-anak habis pun sila sediakan stok sehingga habis world cup. Baru lah tenang sikit nak layan bola.

Jadi jom tengok 5 perkara yang korang boleh buat supaya boleh menonton piala dunia nanti tanpa sebarang gangguan.

#1- Pastikan ‘kerja-kerja rumah’ sudah di selesaikan

Yang ni baik bujang ataupun yang sudah berkahwin,pastikan segala mak nenek kerja rumah telah disiapkan sebelum bertapa depan Tv. Contohnya nak basuh baju ke,nak basuh pinggan mangkuk ke,nak bagi anak kucing makan ke. Siapkan lebih awal supaya ‘waktu emas’ korang tidak terganggu.

#2- Pastikan anak-anak cukup makan!

Bagi yang sudah bergelar ayah, pastikan anak-anak korang sudah siap diberi makan dan dimandikan. Kalau tidak alamatnya, TV tu yang isteri korang hidangkan untuk makan malam. Haha. Pastikan jangan ada drama sinetron mengganggu waktu piala dunia berlangsung ye.

#3- Sediakan kudapan siap-siap

Sambil tonton piala dunia, tak syok kalau ternganga je kan? So sediakan makanan atau kudap-kudapan siap-siap sebelum menonton. Kuih raya ada lagi kan? Jadi eloklah hidangkan depan Tv tu. Tapi jangan habiskan,tinggal sikit untuk tetamu ya.

#4- Pergi toilet sebelum menonton

Tengah syok nak tunggu Messi sepak penalty, tetiba pulak jiran bawah ketuk pintu. Katanya nak keluar membuang. Ish potong stim betul kan? Haha. Jadi sila pastikan korang buang air kecil dan besar siap-siap. Kalau tak,mesti terlepas part-part menarik piala dunia nanti.

#5- Pastikan DATA mencukupi !

Tak syok kan asyik berebut TV dengan anak? Dah tak perlu berebut dengan anak, Smartphone kan ada! Tapi pastikan korang dah siap sedia dengan pelan data yang berbaloi untuk menonton LIVE piala dunia 2018 ni. Nak lagi best, korang cuba pakej yang berbaloi-baloi dari DIGI dengan ALL APPS bersempena dengan demam Piala Dunia 2018 ni dengan hanya RM1 sahaja!

Apa yang best dengan pelan dari DIGI kali ni?

Untuk pengguna Digi Prepaid, korang boleh menonton aksi menarik piala dunia 2018 dengan Internet Cili Padi, hanya RM1 sahaja untuk 1GB. Anda boleh langgan di MyDigi App.

Football Pass pula boleh digunakan oleh pengguna Digi Postpaid. korang boleh dapat Internet Tanpa Had untuk 2 jam dengan RM1 sahaja. Lagi lah syok nak tonton piala dunia macam ni. Langgan sekarang di MyDigi App.

Kepada pengguna baru yang ingin melanggan pelan Digi yang cukup berbaloi ini, anda boleh klik di sini

Tunggu apa lagi? Langgan sekarang di MyDigi App dan nikmati aksi menarik piala dunia 2018 kali ini tanpa sebarang gangguan!

TAGS:
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

5 responses to 5 Perkara Anda Boleh Buat Untuk Menonton Piala Dunia 2018 Tanpa Gangguan Dan Enjoy!

  1. 4 tahun sekali la, bukan 4 kali setahun

    0

    0
  2. Rita says:

    Nara ni kalau Kelantan laksana hukum hudud dia lah yng layak diberi laluan express!!!

    1

    0
  3. sudah lah says:

    nara layan bola? haha sudahlah..ko tu layak join gang sajat jer. ko gosip..sebarkan aib org … cekap lah!

    0

    0

Leave a Comment

Optional