5 Penjara Paling Kejam Dan Teruk Di Seluruh Dunia

Dunia

5 Penjara Paling Kejam Dan Teruk Di Seluruh Dunia

Seperti yang kita tahu, penjara secara umumnya merupakan penempatan yang dibina oleh sesebuah kerajaan atau pemerintah di negara tersebut untuk menempatkan individu yang melakukan jenayah dan kesalahan berat.

Penempatan penjenayah dalam penjara merupakan sebahagian daripada sistem kehakiman dan pengadilan untuk sesebuah negara itu. Tidak perlu diulas panjang, kita sendiri tahu yang penjara adalah tempat kurungan individu segala pelbagai kemudahan serta kebebasan.

Advertisement

3 years ago

Mengaku Bersalah Rogol Kanak-Kanak, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara Dan Sebat

Dengan adanya penjara, diharapkan penjenayah serta pesalah laku ini mampu untuk insaf atas jenayah yang dilakukannya. Penjara juga boleh digambarkan sebagai satu tempat yang mengerikan kerana di sinilah tempat berkumpulnya pelaku jenayah dalam negara.

Menurut orangkata.my, terdapat beberapa buah penjara dalam kalangan banyak-banyak penjara di seluruh dunia yang ditakuti bukan kerana banduannya. Namun, ianya adalah disebabkan fasiliti dan layanan di dalam penjara tersebut yang membuatkan penjenayah berat juga tidak mahu dimasukkan ke dalam penjara tersebut.

1. Penjara Pulau Rikers (USA)

Penjara Pulau Rikers (USA)

Penjara Pulau Rikers – Sumber Google

Penjara Pulau Rikers ini sememangnya merupakan penjara yang terkenal dan sering menjadi rujukan dalam banyak penerbitan filem serta program televisyen di Amerika Syarikat. Penjara ini dihuni oleh banduan dan penjenayah yang ganas seperti geng samseng, perogol, pengedar dadah, dan pembunuh bersiri.

Namun, apa yang lebih kejam adalah barisan pengawal yang menjaga penjara tersebut. Pernah terjadi sebelum ini satu insiden di mana pengawal penjara tersebut telah bertindak merogol seorang banduan wanita yang ditahan di dalam sel penjara yang kemudiannya ditemui dalam keadaan kaki dan lehernya diikat menggunakan cadar katil.  

Selain tu, tedapat satu insiden lain di mana seorang banduan yang mempunyai masalah mental dikenali sebagai Bradley Ballard ditemui mati dalam keadaan berbogel, muka dipenuhi najis dan kemaluannya membengkak serta bernanah.

2. Penjara Pulau Petak (Rusia)

Penjara Pulau Petak (Rusia)

Penjara Pulau Petak – Sumber Google

Di Rusia, kira-kira 460 kilometer arah utara Moscow terletaknya sebuah penjara yang dikenali sebagai Penjara Pulau Petak. Ia merupakan sebuah kompleks penjara dengan tahap keselamatan maksimum serta dikelilingi sebuah tasik yang luas.

Penjara ini menempatkan banduan yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup. Tiada masalah pergaduhan, keganasan dan pengawal penjara yang kejam di penjara ini. Namun, menjadi sadis apabila kesemua banduan di situ diseksa secara psikologi.

Mereka akan dikurung selama 22 jam 30 minit setiap hari di sel kecil tanpa ada radio, televisyen atau sebarang bentuk hiburan. Baki satu jam 30 minit lagi, mereka akan dikurung dalam sebuah sangkar kecil seperti seekor binatang di luar sel penjara.

Lebih menyedihkan apabila tiba musim sejuk kerana para banduan terpaksa hidup dalam keadaan beku dengan suhu serendah -40 darjah celsius.

3. Penjara Gitarama (Rwanda)

Penjara Gitarama (Rwanda)

Penjara Gitarama – Sumber Google

Sebuah padang bola sepak kebiasaannya menempatkan seramai 22 orang pemain. Cuba anda bayangkan jika separuh saiz padang bola tetapi ditempatkan seramai 7,000 manusia. Begitulah keadaan di Penjara Gitarama di Rwanda sekaligus menjadikan penjara ini penjara paling sesak dan padat di dunia.

Ramai banduan yang dijatuhkan hukuman mati di sini telah mati sebelum hukuman dijalankan lagi disebabkan kelaparan, mati lemas, penyakit dan banyak lagi. Penjara ini dikatakan sangat kekurangan dana dan makanan sememangnya menjadi masalah utama.

Tambahan pula, ribuan banduan yang ditahan di sini terlibat dalam kes genocide ataupun penghapusan etnik pada tahun 1994. Disebabkan itu, pembunuhan rakan sepenjara dan memakan mayat mereka merupakan satu senario biasa di dalam penjara ini.

Penjara ini juga tidak mempunyai sel seperti penjara yang lain. Para banduan perlu merebut ruang menyebabkan ramai yang perlu berdiri siang dan malam di atas lantai yang kotor dengan najis mereka sendiri.

4. Penjara La Sabaneta (Venezuela)

Penjara La Sabaneta (Venezuela)

Penjara La Sabaneta – Sumber Google

Pengawal penjara sepatutnya bertanggungjawab untuk mengawal keselamatan serta segala aktiviti para banduan tetapi bukan di Penjara La Sabaneta ini. Penjara ini pernah berlaku satu insiden pertumpahan darah yang mengakibatkan kematian 108 banduan pada Januari 1994.

Namun, lebih menimbulkan kemusykilan kerana pengawal penjara yang berada di situ hanya melihat kejadian tersebut seperti menonton wayang dan tidak melakukan sebarang tindakan.

Penjara ini juga menempatkan penjenayah berbahaya yang kebanyakannya adalah ahli-ahli geng atau yang terlibat dengan sindiket dadah. Disebabkan itu, kerap berlakunya aktiviti rusuhan di antara geng-geng yang bermusuh di penjara ini.

Satu lagi insiden pertempuran pada September 2013 antara dua geng samseng yang bermusuhan telah mengakibatkan seramai 16 orang ditemui mati dengan anggota badan mereka bertaburan serta badan yang telah dipenggal kepalanya.

5. Penjara Tuol Sleng (Kemboja)

Penjara Tuol Sleng (Kemboja)

Penjara Tuol Sleng – Sumber Google

Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak tahu tentang negara Kemboja yang pernah menjadi medan pembunuhan beramai-ramai. Tidak dinafikan yang rakyat negara itu masih segar dengan memori pemerintahan rejim komunis paranoid iaitu Khmer Rouge.

Penjara Tuol Sleng di ibu kota Phnom Penh ini asalnya merupakan sebuah sekolah dan telah ditukar menjadi sebuah penjara yang menempatkan tahanan-tahanan politik. Namun, sekarang penjara ini sudah tidak beroperasi dan dijadikan musium. Ribuan daripada mereka dipaksa hidup dalam keadaan yang lebih teruk daripada seekor binatang.

Lebih teruk lagi, mereka yang ditahan di sini tidak mengira usia sama ada mereka tua, muda mahupun kanak-kanak. Kesemua mereka dibogelkan dan kaki dirantai dengan besi yang berkarat. Mereka juga diberi makan bubur basi bersama sup daun dan dilarang sama sekali untuk bercakap.

Seramai 20 ribu tahanan telah diseksa dan dibunuh dipenjara ini. Kekejaman yang berlaku di negara Kemboja umumnya menjadikannya sebagai rejim pembunuhan beramai-ramai paling terkenal dalam sejarah zaman moden dengan anggaran sebanyak 1.5 hingga 2 juta orang menjadi mangsa.

Dahsyat betul penjara-penjara tersebut. Namun begitu, tidak semua penjara kejam seperti penjara yang telah disebutkan. Sedih juga kerana terdapat banduan yang ditahan di situ berpunca dari kesalahan jenayah yang terpaksa mereka lakukan demi kelangsungan hidup.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...