5. Manuel Neuer (Jerman)
Selepas aksi cemerlangnya dalam dua musim lalu membantu Bayern Munich merangkul Liga Juara-Juara Eropah menewaskan musuh tradisi, Borussia Dortmund, Neuer sekali lagi muncul sebagai Pemain Jerman Nombor 1 yang akan mengawasi pintu gol negara Bavaria itu.
Tiga aksi tanpa bolos berjaya dicatatkan oleh beliau ketika bertemu Portugal, Amerika Syarikat dan terakhir Perancis berjaya menobatkan beliau sebagai antara penjaga gol terbaik sepanjang Piala Dunia ini.
Dek ketangkasannya itu juga berjaya meloloskan Jerman ke peringkat separuh akhir dan bertemu dengan lawan yang sukar iaitu tuan rumah, Brazil dan Neuer dijangka sekali lagi akan menampilkan aksi menyelamat hebatnya dalam usaha untuk membawa Jerman ke final.
4. Guillermo Ochoa (Mexico)
Penjaga gol ini antara penjaga gol yang mendapat perhatian kelab-kelab terkemuka dunia selepas aksi cemerlangnya ketika bertemu Brazil dengan menyelamatkan pelbagai cubaan berbahaya daripada pemain Neymar, Oscar, Fred dan pemain Brazil yang lain sehingga membuatkan pemain Brazil yang lain ‘pening’ untuk menembusi gawang Mexico.
Diiktiraf sebagai ‘Man of The Match’ sebanyak dua kali ketika menentang Brazil dan Belanda dan langkah cemerlangnya terhenti selepas tewas kepada Belanda menerusi gol penalti pada akhir perlawanan oleh Klaas Jan-Huntelaar. Mempunyai fizikal yang unik iaitu beliau mempunyai 11 jari dan sarung tangan beliau ditimpah khas untuk kesesuaian bilangan jarinya.
3. Rais M’Bolhi (Algeria)
Penjaga gawang kelab CSKA Sofia di Bulgaria ini dianugerahkan sebagai ‘Man of The Match’ ketika menentang Jerman kerana penyelamatan gol daripada cubaan berbahaya dari pelbagai sudut oleh pemain Jerman berjaya mengheret perlawanan tersebut hingga ke masa tambahan.
Pemain kelahiran Paris, Perancis yang nama sebenarnya adalah Adi Rais Cobos Adrien M’Bolhi ini tidak menggunakan alasan berpuasa sebagai untuk tidak menyerlah ketika menentang Jerman malah keupayaannya menyelamatkan banyak percubaan itu agak menakjubkan.
2. Tim Howard (Amerika Syarikat)
Penjaga gol Amerika Syarikat ini mencatatkan rekod sebagai penjaga gol paling banyak membuat ‘save’ dalam Piala Dunia 2014 iaitu 16 ‘save’ ketika menentang Belgium pada pusingan kalah mati.
Menjadi ‘Man of The Match’ sebanyak dua kali ketika menentang Portugal dan Belgium.
1. Keylor Navas (Costa Rica)
Penjaga gol Costa Rica yang bermain untuk kelab Levante di Liga Sepanyol ini begitu tangkas dalam mengawal gawangnya daripada dibolosi oleh pemain-pemain Belanda yang bertubi-tubi melancarkan serangan berbahaya dalam perlawanan peringkat suku akhir.
Ketangkasannya itu juga memaksa Belanda terpaksa membuat perhitungan dengan Costa Rica melalui penentuan sepakan penalti dan nasib Costa Rica agak tidak baik apabila dua daripada sepakan pemain mereka berjaya disekat oleh penjaga gol gantian Belanda, Tim Krul.
Walaupun tewas, Navas turut dianugerahkan sebagai ‘Man of The Match’ dalam perlawanan itu. Malah, beliau hanya melepaskan dua gol daripada lima perlawanan yang dilalui oleh Costa Rica termasuklah bertemu dengan pasukan gergasi seperti Uruguay, Itali, England dan Greece.