5 Pantai Rahsia Tercantik Di Indonesia Yang Ramai Tidak Tahu. Kami Bongkarkan Untuk Anda!

Hiburan

5 Pantai Rahsia Tercantik Di Indonesia Yang Ramai Tidak Tahu. Kami Bongkarkan Untuk Anda!

Indonesia merupakan antara Negara yang mempunyai banyak pantai-pantai yang terkenal dan cantik yang menjadi tempat tumpuan pelancongan. Antaranya di Bali, Lombok dan Yogyakarta. Pantai-pantai di tiga tempat ini, pergi sekali tak akan cukup sebab setiap kali pergi mesti ada rahsia terbongkar yang anda sendiri tak pernah tahu.

Kali ni, kami kongsikan 5 pantai rahsia tercantik di Indonesia yang ramai tidak tahu.

Advertisement

Bagi anda yang merancang untuk beristirehat atau melancong bersama kawan-kawan atau keluarga pada tahun ini, pantai-pantai ini perlu masuk dalam senarai pantai yang anda perlu pergi.

5 Pantai Rahsia Tercantik Di Indonesia

1. Pulau Gili Trawangan, Lombok

Foto kredit : Guidelombok.com

Di Lombok, perkataan “gili” bermaksud pulau yang terkenal dengan pantai berpasir putih, koral karang yang cantik dan air laut biru yang sangat jernih.

Antara 3 pulau, Pulau Gili Trawangan merupakan pulau terbesar di Lombok dan sering menjadi tumpuan pelancongan kerana kecantikan pantainya.

Pulau ini bukan sahaja mempunyai pantai yang cantik, malah menjadi tumpuan untuk aktiviti diving dan snorkelling. Salah satunya tempat terbaik adalah Turtle Point di Gili Meno.

Pulau Gili Trawangan juga bebas dari kenderaan bermotor. Jadi anda boleh berjalan kaki disekitar pulau.

Kalau nak lagi best, boleh menggunakan khidmat Cidomo yang juga dikenali sebagai kereta kuda. Disebabkan di Pulau Gili Trawangan adalah kawasan larangan kenderaan bermotor, Cidomo ini adalah perkhidmatan teksi untuk pelancong mengelilingi pulau atau sebagai pengangkutan ke hotel.

Harga menaiki Cidomo bergantung pada jarak. Semakin jauh perjalanan, semakin mahal. Dan ia boleh dinaiki seramai 3 orang. Kalau naik bertiga, boleh la kongsi seorang sikit. Jimat kan?

Foto kredit : Nationalgeographic.co.id

Paling penting, jika anda ke sini, anda boleh menikmati sunset dan sunrise sekaligus di pantai ini.

2. Pantai Pandawa (Bali) (The Secret Beach)

Jika anda merancang ingin ke bali, Pantai Pandawa adalah salah satu pantai yang anda patut pergi kerana pantai ini pantai terpencil di Bali dan mempunyai jolokan nama The Secret Beach.

Pantai ini terletak di Desa Kutuh, selatan Bali dan mendapat gelaran The Secret Beach kerana jalan menuju ke pantai ini agak mencabar dan ia tersembunyi di balik tebing-tebing tinggi dan semak samun.

Pantai Pandawa mempunyai pasir seputih salju dan air laut yang jernih. Aktiviti yang terkenal di Pantai Pandawa adalah berkayak. Selain tu, anda juga boleh menikmati urutan di tepi pantai.

Foto kredit : Thetravellernews.com

3. Pantai Senggigi (Lombok)

Pantai Senggigi terletak di Sebelah Barat Pesisir Pulau Lombok yang mempunyai keindahan pemandangan pantai yang sangat cantik, selain menyimpan pemandangan perairan bawah laut dengan adanya terumbu karang semulajadi.

Di Pantai Senggigi anda boleh melakukan aktiviti snorkeling kerana ombak di kawasan ini tidak terlalu besar.

Foto Kredit : Tempatwisatadilombok.com

Kalau tidak mahu snorkeling, boleh bersantai berjemur di pantai kerana pantai ini mempunyai garis pantai yang panjang. Dan boleh lihat pemandangan yang sangat cantik dari jauh.

4. Pantai Parangtritis (Yogyakarta)

Foto kredit : Pengendolan.com

Di Yogyakarta, Pantai Parangtritis adalah pantai yang cukup terkenal kerana memiliki keunikan dan pemandangan alam yang sangat cantik.

Pantai ini kadangkala mengalami ombak yang besar, jadi pada anda yang merancang bercuti ke Pantai ini, perlu berhati-hati ketika bermain air atau berenang di pesisir pantai.

Bagi anda yang sangat suka mengambil gambar pemandangan, terdapat lokasi gurun pasir yang menjadi tumpuan para jurugambar. Jadi, jangan lepaskan peluang dapatkan gambar pemandangan yang cantik!

5. Nusa Dua Beach (Bali)

Foto kredit : Expedia.com

Nusa Dua, Bali sangat disukai kerana pantainya adalah pantai terbersih di Pulau Bali. Salah satu sebab pantai ini pantai terbersih adalah kerana terdapat hotel-hotel lima bintang dan petugas yang menjaga kebersihan pantai.

Di Nusa Dua terdapat 2 pantai iaitu pantai Geger dan pantai Mengiat. Kedua-dua pantai ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berenang atau bermain pantai besama anak-anak. Kiranya, untuk yang melancong dengan keluarga sangat sesuai ke sini.

Gelombang ombak pun kecil, jadi tidak perlu risau kalau bermain pantai bersama anak-anak.

Kalau untuk yang datang bersama rakan-rakan, jangan lupa singgah ke Water Blow Bali untuk melihat hempasan air laut secara dekat.

Cantikkan? Bagi anda yang sedang merancang ke Indonesia, mark 5 pantai rahsia tercantik di Indonesia ini wajib anda pergi. Nikmatilah pemandangan yang cantik dan pelbagai aktiviti menarik di sana.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk terbang ke Indonesia (sama ada ke Bali, Lombok atau Yogyakarta) dan menikmati percutian musim panas anda bersama AirAsia yang ada buat promosi istimewa untuk penerbangan ke sana bermula sekarang sehingga 31 Julai 2018.

Maklumat lanjut layari www.airasia.com. Selamat bercuti!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...