5 Orang Berjaya Ini Kongsikan Rutin Harian Mereka Sebelum Tidur

Trending

5 Orang Berjaya Ini Kongsikan Rutin Harian Mereka Sebelum Tidur

Semua orang suka dan mengidamkan kejayaan. Kejayaan boleh dicapai dengan adanya displin yang tinggi, semangat yang konsisten dan tindakan luar biasa yang jauh dari “comfort zone”. Tanpa disedari 5 orang berjaya ini melakukan sesuatu yang menjadi kebiasaan sehingga amalan ini mendidik jiwa dan minda mereka untuk mencapai dan merealisasikan impian. Apa yang mereka lakukan sehingga setiap dari mereka menjadi lagenda di bidang masing-masing?

Advertisement

1. BILL GATES  – Peneraju Microsoft 

Daripada buku karangannya “The Road Ahead”, Gates memberitahu dia gemar membaca lebih kurang 1 jam sebelum tidur pada waktu malam. Buku yang menjadi pilihannya adalah buku yang berbentuk inspirasi, biografi, sejarah dan teks filosofi.

Antara kata-kata yang Gates selalu kongsikan adalah :

“Saya boleh memberikan ucapan tanpa tidur yang cukup, saya boleh melakukan semua tugasan seharian saya tidak kira bagaimana cabarannya. Tetapi saya tidak akan dapat melelapkan mata tanpa saya mendapatkan bahan bacaan yang secukupnya!”

Dr. Russell Rosenberg, salah seorang pakar kajian dalam bidang “Sleeping Medicine” berkata bahawa Gates menjadikan bahan bacaan yang dibacanya sebelum tidur sebagai ‘makanan’ untuk mindanya bekerja lebih kreatif. Disebabkan rutinnya itu, Gates menjadi lebih produktif di waktu siang dan merasakan satu semangat baru pada keesokannya kerana mindanya telah memproses data dengan baik semasa dia tidur. Hasilnya, Gates sentiasa membentuk mindanya untuk mencapai dan menjadi apa yang di abaca seperti bukunya itu.

 

2. BARRACK OBAMA – Bekas Presiden USA

 

Obama adalah seorang yang mudah mesra dan sering dilabel sebagai seorang yang berbudi pekerti. Bekas Presiden USA ini tidak pernah sesekali melepaskan rutin hariannya sehingga jam 11 malam untuk menelefon semua staff senior di White House. Dengan cara ini, Obama dapat memantau dan mengetahui apa yang berlaku kepada staffnya pada hari tersebut. Selain daripada memberi cadangan penambahbaikan, Obama juga dikatakan sering memberikan nasihat terutama jika staff nya mengalami masalah dan melalui hari tersebut dengan sukar.

Sebagai orang No.1 di USA, Obama menjadikan dirinya sebagai contoh terbaik kepada semua yang berada dibawahnya. Kata-kata nasihat dan inspirasi yang Obama berikan kepada mereka diambil daripada pengalamannya meguruskan masalah Negara dan adakalanya datang daripada isterinya yang tercinta, Michelle.

3. SHERYL SANDBERG – COO Facebook

Wanita ini merupakan seorang yang sangat luar biasa dan bekerja keras dalam bidang tugasnya. Semestinya tugas menguruskan syarikat milik Mark Zuckerberg itu sungguh mencabar dan menguji dirinya. Namun, Sheryl adalah seorang yang bijak kerana dia tahu bila waktu untuk dirinya “Switch Off” daripada sebarang komunikasi. Sheryl bertindak untuk mematikan talian telefon bimbitnya setiap jam 10.30malam. Rutin ini menjadikan staff di bawahnya tahu, selepas jam itu merupakan waktu untuk Sheryl berehat dan bersama keluarganya.
Walaupun begitu, Sheryl tidak pernah menegur mana-mana staffnya untuk menghantar email mahupun laporan selepas jam 10.30 malam kerana perkara pertama yang dia akan lakukan selepas bangun tidur adalah menyemak emailnya!

4. STEPHEN KING – Penulis Terkenal 

Kerjaya sebagai seorang penulis memerlukan Stephen berfikir di luar kotak. Disebabkan itu, Stephen mempunyai rutin setiap malam untuk menggosok giginya dengan ubat gigi berperisa the hijau dan mencuci tangannya sehingga bersih. Kata Stephen, adakala idea untuknya menulis mencurah-curah tatkala dia menggosok gigi sehingga menyebabkan dia segera berlari ke meja dan computer ribanya untuk menulis  idea yang diperoleh sambil berus gigi masih di dalam mulut.

Walaupun nampak pelik, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Stephen. Dia sendiri tidak tahu kenapa rutinnya jadi sebegitu. Tetapi sesuatu yang membuatkan mindanya jadi kembali segar adalah disebabkan bauan ubat gigi teh hijau yang dipakainya.

5. ELON MUSK – Co-Founder Paypal 

Rutin bagi Elon adalah sedikit pelik. Mengakui bahawa dia adalah spesies manusia “burung hantu”, dia sangat selesa melakukan tugasannya pada sebelah malam. Itu belum cukup pelik. Dia akan membuat kerjanya dengan bertemankan 8 tin Diet Coke dan dua cawan kopi. Minuman ini seolah-olah ‘power booster’ untuk dirinya kerana dia boleh berjaga sehingga ke waktu subuh. Namun atas nasihat doctor, dia mengurangkan dos pengambilan Diet Coke kepada hanya 2 tin sahaja setiap malam.

Bagaimana pula dengan rutin anda setiap malam? Sebagai orang Islam, kita lebih digalakkan untuk memanfaatkan waktu malam terutama sepertiga malam dengan Qiamulail dan beribadat kepada Allah. Jadikan tidur kita setiap malam sebagai satu ibadah dan merehatkan minda dengan sebaiknya. Tak salah untuk berjaga pada waktu malam, tetapi biarlah yang mendatangkan kebaikan bukan kemudaratan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...