August 28th, 2017

Cuaca Malaysia memang panas. Kalau jalan kat luar 5 minit pun ketiak dah berpeluh. Badan pun cepat rasa tak selesa. Melekit semacam je. Kebosanan pun mudah melanda diri sekiranya seharian bekerja di pejabat atau mendengar kuliah di universiti. Kena pulak lecturer yang mengajar pulak tak menarik atau kerja kat ofis tak banyak sangat. Aircond pulak sepoi-sepoi bahasa je bertiup. Memang confirm anda akan bosan punya.

Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada mereka yang sedang kebosanan,
Abang Nara telah membuat kajian yang cukup mendalam dan berjaya menemui 5 minuman terbaik yang pasti akan mengembalikan kesegaran badan anda sekelip mata. Orang kata terus body kita akan “refresh”. Segar kembali 100%. Abang Nara dah try dah kesemua minuman ini. Effectnya memang amazing!!! Jeng, jeng, jeng. Inilah 5 minuman tersebut:-

1. Air mata kucing

image

Di kala panas matahari membahang di atas kepala, kesegaran pasti akan tiba di kala tekak kita dibasahkan dengan minuman air mata kucing. Rasa manis itu akan menyelinap ke dalam seluruh tubuh kita. Satu cawan confirm tak cukup. Minimum kena 3 cawan barulah padu!!!

2. ABC

image

Salah satu aktiviti yang selalu Abang Nara lakukan bersama isteri ketika kebosanan melanda ialah pergi minum Air Batu Campur (ABC). Pergh nikmat. Lebih-lebih kalau jumpa ABC yang letak kacang ekstra. Fuh. Memang refreshing sungguh.

3. Cendol

image

Dulu waktu bekerja di Technology Park Malaysia, bila time-time boring tak ada kerja, Abang Nara dan kawan-kawan akan start engine kereta dan pergi pekena cendol. Kelazatannya tak terkata. Mata yang kuyu akibat kebosanan terus jadi segar bugar. Matahari yang panas terus rasa sejuk. Terbaik!!!

4. Teh tarik

image

Ah, teh tarik. Tak ada sesiapa yang akan menolak ajakan kawan-kawan dan rakan sepejabat untuk segelas teh tarik di kala kebosanan melanda diri. Sambil duduk minum teh tarik, sambil berborak tentang kehidupan. Sambil bergelak ketawa. Memang menyeronokkan. Badan pun rasa segar dan bersemangat untuk kembali bekerja.

5. HOMESOY Honey Melon

HOMESOY_Honey_Melon_BM

Baru-baru ini, wife Abang Nara telah membeli HOMESOY Honey Melon ini. Abang Nara memang tahu sangatlah jenama HOMESOY yang popular dengan minuman soyanya itu. Tapi yang ada perisa Honey Melon ini first time dengar. WIfe Abang Nara kata ini produk terbaru Homesoy dan rasanya memang sedap serta menyegarkan. Abang Nara cuma angguk-anggukkan kepala sebab malas nak layan. Hehehe.

Jadi suatu hari tue masa tengah bosan tak ada idea nak update blog, maka Abang Nara pun bukalah peti ais. Ternampak pula HOMESOY Honey Melon nie. Teringat kata-kata wife Abang Nara yang ia amat sedap dan menyegarkan. Terus Abang Nara tuang dalam gelas.

Setelah duduk di kerusi sambil menghadap laptop, Abang Nara pun meneguk HOMESOY Honey Melon ini.

Pergh!!!! Rasa dia memang sedap yang amat. Dan paling penting, memang menyegarkan. Mata Abang Nara terus segar bugar. Refreshing sungguh. Kebosanan yang melanda tadi ghaib sekelip mata. Memang mengkagumkan.

Maka Abang Nara pun tambah segelas lagi dan lagi dan lagi HOMESOY Honey Melon sampai terus habis sekotak. Sedap sangat sampai tak sedar habis semua dah diminum. Terus Abang Nara call wife minta belikan sekotak dua lagi untuk buat stok. Kini HOMESOY Honey Melon adalah minuman feveret terbaru Abang Nara. Rasanya yang menyegarkan memang terbaik.

Apa pula feveret minuman anda yang menyegarkan di kala panas membahang dan kebosanan melanda diri? Kongsikan di ruangan komen.




Comments are closed.

Loading...