Memiliki kulit muka yang bersih dan sihat menjadi idaman semua. Tak kira usia. Yang tua, nak nampak awet muda, yang berlekuk nak dapat kulit licin. Siapa tak nak kulit muka cantik kan? Yang pasti bila kulit muka dah cantik, tak perlu pakai aplikasi 360 dah masa selfie. Opss! Hakikat..
Hari ini, terlampau banyak lambakan produk yang dikhuatiri mempunyai bahan kimia dan ada yang tersalah pilih produk. Disebabkan itu ramai mula memilih cara yang selamat dan semulajadi bagi menyelesaikan masalah kulit muka mereka.
Masalah kulit muka yang sering melanda kita seperti tona kulit tidak sekata, jerawat, parut jerawat, jeragat, kulit kering dan parut luka yang sukar untuk dihilangkan.
Jom, kami kongsikan cara dan langkah semulajadi serta selamat untuk menyelesaikan masalah kulit muka yang sering menghantui diri. Baru boleh dapat perhatian.
#1 Kulit Kering Dan Bersisik
Salah satu masalah yang biasa dihadapi oleh kaum perempuan ialah kulit bersisik dan kering. Keadaan ini sangatlah tidak menyelesakan terutamanya kalau kulit bersisik di bahagian muka. Adakala akan rasa gatal-gatal. Mula la tangan menggaru.
PETUA KULIT KERING :
Ambil air masak secukupnya. Lebih kurang 8 gelas atau 2 liter sehari. Pengambilan air yang mencukupi akan mencegah dehadrasi.
#2 Tona Kulit Tidak Sekata Dan Kusam
Tona kulit tak sekata dapat dilihat apabila kulit muka kita ada yang cerah dan ada yang bertompok hitam. Memang tak best bila tengok cermin.
PETUA TONA KULIT TAK SEKATA :
Ambil bijirin oat, haluskan dan campur dengan sedikit air. Gunakan campuran ini sebagai skrub muka. Skrub selama 3 minit untuk mendapatkan kulit yang lembut dan mulus. Lakukan sekerap 3 kali seminggu dan nikmati lah hasilnya.
Bijirin oat berkesan untuk membantu hilangkan kesan-kesan kemerahan dan inflamasi disebabkan oleh sinaran cahaya matahari, kulit kering atau alergi.
#3 Jerawat Yang Sering Timbul
Ada banyak cara untuk hilangkan jerawat dan bekas jerawat di wajah dengan semulajadi.
PETUA HILANGKAN JERAWAT :
Bersihkan daun betik, jemur hingga kering dan hancurkan dengan sedikit air. Air dari perahan daun tadi kemudian dilumurkan ke wajah untuk hilangkan jerawat. Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan sebagai rutin harian.
#4 Parut Jeragat
Jeragat juga dikenali sebagai open comedo, iaitu sebuah tempat kecil yang berwarna putih atau hitam. Jeragat sudah tentu boleh dikeluarkan dalam banyak cara. Antaranya disebabkan hormon dan juga pendedahan kepada cahaya matahari yang berlebihan.
PETUA HILANGKAN JERAGAT :
Ambil 2 sudu kecil serbuk kayu manis ke dalam bekas dan dicampur dengan 1 sudu kecil madu. Sapukan di bahagian muka dan biarkan selama 15 minit.
Kemudian, bilas menggunakan air suam, dan keringkan menggunakan tuala yang bersih.
Madu adalah antibiotik semulajadi yang membantu melembapkan kulit dan kulit kayu manis memainkan peranan penting dalam menyokong penjanaan kulit semula.
#5 Parut Luka Degil
Untuk yang ada masalah parut luka, memang tak dinafikan paling susah nak hilangkan. Meskipun ia tidak menyakitkan tetapi boleh menjejaskan penampilan dan hilang rasa konfiden. Macam nak sorok je muka ni. Betul tak?
PETUA HILANGKAN PARUT LUKA :
Ambil buah lemon, potong kepada dua bahagian. Sapu pada parut sambil itu picit sedikit demi sedikit hingga keluar jusnya. Untuk kesan lebih bagus, minum jus lemon tanpa gula dua kali sehari selama 15 hari.
Lemon berfungsi sebagai peluntur semula jadi, menjadikannya bahan efektif untuk menghilangkan sebarang kesan parut.
Untuk mengatasi pelbagai masalah kulit yang serius, mungkin anda terpaksa ‘bekerja keras’ untuk menyelesaikannya. Malah perlu mengeluarkan belanja yang lebih banyak. Tetapi jika anda ingin penyelesaian yang lebih praktikal, Bio-Oil boleh membantu anda.
Bio-Oil – Produk Terlaris Merawat Kesan Parut & Regangan Kulit Di Malaysia
Bio-Oil merupakan produk terlaris untuk merawat kesan parut dan regangan kulit. Ia mendapat sambutan hebat di lebih 24 buah negara termasuk Malaysia (Nielsen, 2016), UK, Australia dan New Zealand.
Bio-Oil dihasilkan secara khusus untuk membantu mengatasi masalah seperti parut degil, parut jerawat, jeragat, tona kulit tidak sekata dan parut luka.
Keunikan Bio-Oil Yang Perlu Anda Tahu
Bio-Oil yang diformulasikan daripada kombinasi ekstrak tumbuhan dan vitamin yang terampai dalam asas minyak. Formula uniknya yang mengandungi PurCellin Oil™ juga sangat berkesan untuk mencegah kulit kering serta penuaan. Produk ini juga sesuai untuk dipakai oleh semua jenis kulit.
Ia mengandungi ramuan unggul PurCellin Oil™, yang mengubah konsistensi keseluruhan formulasinya, menjadikannya ringan, tidak berminyak dan memastikan kebaikan vitamin dan ekstrak tumbuhan mudah diserap.
Bagusnya mengenai Bio-Oil, ia telah diuji secara klinikal dan nyata terbukti berkesan untuk mengurangkan kesan parut, regangan kulit dan tona kulit yang tidak sekata di muka dan badan.
Selain itu, Bio-Oil juga terbukti berkesan untuk digunakan pada yang menghadapi kulit sensitif, hypoallergenik (tidak menyebabkan alahan) dan tidak-aknegenik (tidak menyebabkan jerawat). Bagi yang hamil, jangan risau. Bio-Oil selamat digunakan wanita hamil dan yang penting dijamin HALAL.
Kelebihan Bio-Oil
- Menghilangkan parut degil
- Membantu memperbaiki penampilan regangan kulit
- Membantu memperbaiki penampilan warna kulit yang tak sekata.
- Memelihara lapisan minyak semulajadi kulit dengan membantu memulihkan semula fungsi penghalangnya untuk mengekalkan kelembapan.
Untuk kesan yang lebih maksimum, sapukan sahaja Bio-Oil pada kawasan yang bermasalah. Tetapi anda perlu sedia maklum bahawa kesan penggunaan mungkin berbeza mengikut individu.
Bio-Oil Dengan Wajah Yang Baru!
Bio-Oil kini berwajah baru kekal dengan formula yang sama dalam 3 saiz yang berbeza iaitu 60ml (RM34.95), 125ml (RM58.25) dan 200ml (RM74.95). Bio-Oil boleh didapati di mana-mana rangkaian farmasi di seluruh Malaysia. Harga yang di tawarkan juga sangat berpatutan serta mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja.