5 Manfaat Brokoli Ini Kalau Ramai Tahu, Pasti Korang Suka Makan. Amacam Best Tak?

Trending

5 Manfaat Brokoli Ini Kalau Ramai Tahu, Pasti Korang Suka Makan. Amacam Best Tak?

woman eating broccoli floret with forkSebut je brokoli, mesti ramai yang tidak menggemarinya. Rasanya sayur hijau yang pahit, memang ramai tidak sukakannya! Tapi, ramai yang tidak tahu khasiat dan kebaikan brokoli pada kesihatan.

5 kebaikan brokoli yang admin senaraikan ini, pasti buatkan anda berubah fikiran dan akan sukakan sayur sihat ini!

Advertisement

Mengurangkan risiko kanser

Makan brokoli secara teratur dapat mengurangkan perkembangan sel kanser sehingga 40%. Bagusnya!

Mencegah Osteoarthritis

Osteoarthritis atau masalah tulang rawan biasanya berlaku pada usia pertengahan ke atas. Menurut kajian, brokoli mengandungi Sulforaphane, yang menghalang enzim penyebab kerosakan tulang rawan, dengan cara mencegah terjadinya keradangan.

Mencegah kanser kulit

Brokoli dapat melindungi kulit kita dari bahaya sinar UV. Anda juga boleh menggunakan produk kecantikan yang mengandungi brokoli untuk mendapatkan perlindungan kulit tambahan.

Menjaga kesihatan mata

Kandungan carotenoid lutein dalam brokoli membantu mencegah masalah penglihatan akibat pertambahan usia. Brokoli juga akan menghalang kita dari diserang katarak.

Menjaga kesihatan jantung

Carotenoid lutein dalam brokoli berperanan untuk melambatkan atau mencegah penebalan arteri dalam tubuh manusia, sekaligus mencegah penyakit jantung dan strok.Vitamin B6 dan asid folat pula dapat mengurangkan risiko diserang atherosclerosis, serangan jantung, dan strok.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...