5 Makanan Ini Dikenalpasti Punca Sebenar Selulit Terjadi! Korang Pasti Selalu Makan Kan?

Trending

5 Makanan Ini Dikenalpasti Punca Sebenar Selulit Terjadi! Korang Pasti Selalu Makan Kan?

CelluliteBila dengar je pasal selulit wanita mesti gerun. Mana taknya, selulit membuatkan kulit jadi tak cantik dan tak yakin dengan penampilan diri.

Apa punca terjadinya selulit? Faktor utama munculnya selulit ialah pemakanan tidak sihat, perubahan hormon, dehidrasi dan faktor genetik.

Advertisement

Pemakanan boleh jadi punca? Ketahui 5 makanan yang mungkin jadi punca terjadinya selulit pada tubuh anda!

Makanan bergaram

1

Kurangkan pengambilan makanan bergaram. Ini kerana garam menyebabkan pembendungan cecair dalam badan dan ia jadi punca pembentukan selulit.

Makanan berlemak

2

Lemak penting untuk fungsi normal badan kita, tetapi jangan ambil dalam jumlah yang berlebihan. Pemendapan lemak akan berubah kepada selulit.

Gula

3

Gula adalah pembunuh senyap. Gula mampu meningkatkan pembentukan insulin, yang boleh merangsang pembentukan lebih tisu adipos dan terjadinya selulit.

Makanan segera

4

Makanan segera mengandungi perisa tambahan, bahan pengawet dan bahan tambahan lain yang menyebabkan selulit.

Coklat

5

Pengambilan coklat boleh menyebabkan selulit. Ini kerana kandungan gula yang tinggi dalam coklat. Kandungan gula tinggi boleh menyebabkan selulit.

So kurangkan makan makanan yang berisiko tinggi terjadinya selulit. Makan boleh tapi janganlah kerap sangat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...