5 Langkah Mudah Untuk Pastikan Syawal Anda Lebih Meriah, Lebih Sempurna, Lebih Bergaya & Lebih Jelita

Hiburan

5 Langkah Mudah Untuk Pastikan Syawal Anda Lebih Meriah, Lebih Sempurna, Lebih Bergaya & Lebih Jelita

Pejam celik pejam celik, hari ini dah Raya dah. Mesti anda tengah sibuk beraya atau kepada mereka yang baru bertolak ke kampung, mesti anda super duper excited kan? Pastikan anda memandu dengan berhati-hati. Biar lambat asalkan selamat. Jangan sampai sambut Hari Raya Aidilfitri dalam hospital pulak.

image

Advertisement

Kalau selama ini kami kongsikan tips-tips nak banyakkan pahala puasa di bulan Ramadhan, lauk pauk berbuka yang best-best dan sebagainya, kali ini izinkan kami berkongsi 5 langkah mudah yang bakal membuatkan pagi 1 Syawal anda lebih MERIAH, lebih SEMPURNA, lebih BERGAYA dan lebih JELITA!!!

1. Gosok baju malam raya

image

BEST TENGOK DIAORANG SEDONDON KAN?

Ha, sambil-sambil anda mem’bawang’ bersama sepupu-sepupu, makcik-makcik serta adik-beradik di malam raya tue, silalah turut sama menggosok baju raya yang bakal dipakai terutamanya selepas raya pertama. Jangan ambil risiko untuk berebut seterika dengan ahli keluarga yang lain. Kalau awal-awal dah gosok, pada pagi 1 Syawal anda ada banyak masa terluang untuk makan, untuk pastikan anak-anak bersiap dan untuk ber’make up’.

2. Kalau boleh, tidur awal

image

Memang seronok setahun sekali berkumpul bersama keluarga. Berborak sakan, bergelak ketawa, bertanya khabar. Namun ingat kita perlu hadkan masa. Janganlah pukul 3, 4 pagi baru nak masuk tidur. Paling lewat pun pukul 1 tue dah bersiap-siap untuk merehatkan badan anda. Kalau tidur tak cukup, esok 1 Syawal muka akan sembam, letih dan tak bermaya. Pakai make up apa pun tak ada pekdahnya!!!

3. Cuci Muka Dengan Nanowhite Untuk Kelihatan Berseri di Pagi Raya

image

image

Bangun-bangun pagi, first thing first yang anda perlu lakukan ialah mencuci muka anda dengan Nanowhite. Dengan pencuci muka ‘salji’nya, Nanowhite akan memastikan wajah anda bersih dan suci daripada sebarang kotoran.

image

Paling PENTING dan produk yang WAJIB anda miliki daripada Nanowhite bersempena Aidilfitri ini adalah micellar water. Ia digunakan untuk meng’remove’ make up anda dengan begitu berkesan dan pantas sekali. Confirm tiada langsung kesan make up di wajah anda selepas menggunakannya. Bersih sebersih-bersihnya. Ini amat penting untuk memastikan wajah anda dapat berehat dan bernafas semula selepas seharian ditutup dengan pelbagai jenis make up.

image

Untuk impak dan wajah yang lebih sempurna, pastikan juga anda mengenakan toner Nanowhite selepas anda mencuci muka. Ia akan meratakan warna kulit pada wajah anda, sekaligus memudahkan anda memakai make up kelak.

image

P.S: Untuk tampil lebih JELITA dan MENAWAN, malam raya tue anda boleh gunakan topeng muka Nanowhite untuk menyerikan lagi wajah anda. Confirm bangun pagi-pagi macam sang puteri!!!

image

Kalau muka anda bermasalah dan mempunyai titik-titik hitam yang perlu disembunyikan, jangan risau sebab ada Nanowhite serum. Ia boleh mengurangkan masalah ‘dark spot’ di wajah anda. Confirm masa selfie anda akan nampak flawless. Memang berkesan dan powerful serum nie!!!

image

Akhir sekali, untuk memastikan wajah kulit anda sentiasa lembap dan berseri, jangan lupa pakai Nanowhite Double Action Whitening Gel-Cream. Selain kelihatan berseri, krim ini juga akan meratakan tona kulit wajah anda, dan juga berpotensi untuk mengurangkan bintik hitam.

4. Asingkan Duit Raya Siap-Siap

image

Ha, bab duit raya nie jangan buat main. Kalau tersilap bagi, memang boleh menangis dibuatnya. Pastikan sampul berdasarkan jumlah wang diasingkan siap-siap. RM1 sejenis sampul, RM5 sejenis sampul, RM10 sejenis sampul dan seterusnya. Kalau masa nak bersalaman baru nak masukkan duit dalam sampul raya, memang akan kelam kabut dibiuatnya. Takut tersalah masuk duit la apa bagai sampai lari bajet. Jadi awal-awal tue siapkan dulu benda nie.

5. Enjoy makan sepuas hati

image

Sebulan berpuasa, kini Syawal tiba. Apa lagi!!! Inilah masanya untuk kita makan sepuas-puas hati. Rendang, ketupat, lemang, nasi himpit semuanya bukan untuk sekadar ditengok sahaja. Jamah dan masukkannya ke dalam perut anda. Nikmatilah kebahagiaan makan di siang hari selepas 30 hari menahan nafsu. Yeah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...