5 Lagu Raya Gen Z Bakal Evergreen, Sekali Dengar Terus Melekat!

Branded

5 Lagu Raya Gen Z Bakal Evergreen, Sekali Dengar Terus Melekat!

Setiap kali raya, elemen yang wajib ada semestinya lagu raya, barulah lengkap beraya! Setiap lagu semestinya merakam memori tersendiri untuk raya sesuatu tahun, itulah menjadikannya istimewa. Kami kongsikan lagu raya generasi baru yang tidak kurang hebatnya yang pasti buatkan memori Syawal kekal segar di ingatan sepanjang masa.

Anugerah Syawal

Lagu Raya yang memberi nafas baru kepada lagu-lagu raya sebelum ini menjadikan Anugerah Syawal berada di kelas tersendiri untuk generasi muda. Rentak yang mudah diterima pendengar, lirik yang senang diikut nyanyi bersama menjadikan lagu ini pantas menjadi kegemaran ramai.

Raya Oh Yeah

Langkah berani Yuna menentang arus lagu raya biasa yang pada mulanya menerima kritikan, namun lama-kelamaan mesra di telinga para peminat. Fun, rancak dan ‘sangat’ Yuna, itulah Raya Oh Yeah!

Raya Balik

Siapa peminat Avril Lavigne Malaysia, Elyana yang tak tahu penyanyi kegemaran korang ada lagu raya? Disuntik elemen komedi, santai dan identiti Elyana sendiri dalam lagu, barulah raya kan? Sekali dengar rasa nak joget sekali!

Panggilan

Gabungan vokal 3 beradik penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza, Siti Sairah dan Siti Saida mengalunkan lagu raya Panggilan dengan cara tersendiri. Liriknya membawa mesej membuka lembaran baru, sesuai dengan Aildifitri yang bermaksud kita kembali kepada fitrah selepas sebulan beribadah dan berpuasa.

Raya Raya Raya

Raya Raya Raya, Selamat Hari Raya… Sekali dengar terus melekat di kepala! Mana taknya, dinyanyikan pula oleh Dolla! Tak syak lagi, lagu ini akan terus kekal relevan, 10 tahun akan datang. Beat yang rancak, cukup mengundang untuk korang menari bersama dengan 4 gadis Dolla ini.

Cakap pasal menari, lagu raya, tahu tak ada berita exciting yang kami nak share dengan korang? Jom sahut cabaran #AwesomeDollaRaya dan berpeluang menang hadiah AWESOME dari Samsung! 

Senang je, ikut 3 langkah-langkah ini. Untuk korang yang berada sekitar KL, jangan lupa check out mural Dolla di Jalan Tun HS Lee yang dikuasakan oleh Samsung Galaxy Siri A bagi cabaran TikTok ini atau boleh juga sertakan secara digital.

Cabaran Tiktok Samsung

Untuk memberi kelainan dan cabaran, setiap minggu ada tema yang korang kena ikut iaitu spesifikasi penting Samsung Galaxy Siri A32. Samsung Galaxy A32 LTE dijual pada harga RM1,099 manakala A32 5G, RM1,199.

Kami cadangkan idea, terpulanglah bagaimana korang nak buat ikut kreativiti sendiri. Lagi kreatif, lagi baguslah, barulah juri tak rambang mata tak tahu nak pilih!

Tema cabaran tiktok Samsung

Bagi tema 2 untuk 6 Mei hingga 10 Mei, bagi tema Paparan 6.4”, apa kata korang cuba buat formasi tarian TikTok dalam bentuk segi empat paling besar dan cuba kekalkannya sepanjang tarian. Ada berani tak sahut cabaran?

Untuk minggu terakhir 11 Mei hingga 15 Mei, Kadar Segar Semula 90Hz kami cabar korang buat transisi pantas dari satu babak ke satu babak tarian. Nak asah skil editing atau lagi thrill, tarian TikTok tanpa edit tapi tetap pantas ala Samsung Galaxy Siri A? Terpulang, yang penting kreatif dan ada identiti sendiri. Tercabar ke belum? Dah ready nak sahut cabaran #AwesomeDollaRaya? Jom sertai sekarang di SINI.

Samsung Siri A

Semua ini dibawakan oleh Samsung Galaxy A32 | A52 | A72, keluaran telefon pintar terhangat daripada Samsung. Yang penting Galaxy Siri A ini mempunyai skrin Awesome, kamera Awesome, ketahanan bateri Awesome dan juga berupaya rintangan air yang Awesome! Samsung Galaxy A32 LTE dijual pada harga RM1,099 manakala A32 5G, RM1,199.

Nak tahu lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy A32 | A52 | A72, layari laman web Samsung atau follow di Facebook dan Instagram untuk update terkini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...