5 Lagi Kanak-Kanak Positif Difteria Di Johor Bahru, Ini Pesanan Daripada Seorang Doktor

Trending

5 Lagi Kanak-Kanak Positif Difteria Di Johor Bahru, Ini Pesanan Daripada Seorang Doktor

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan satu (1) kes kematian disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 21 Februari 2019. Kes adalah seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun 1 bulan. Kes tidak pernah menerima sebarang imunisasi sejak lahir. Kanak-kanak tersebut mula mengalami demam, batuk dan bengkak tonsil pada 16 Februari 2019. Kes telah dibawa ke unit kecemasan hospital pada 18 Februari 2019 dalam keadaan yang lemah dan dimasukkan ke unit rawatan rapi pediatrik untuk bantuan pernafasan serta rawatan antitoksin difteria. Malangnya, kanak-kanak tersebut tidak dapat diselamatkan dan telah pun meninggal dunia.

difteria

Advertisement

Terkini, 5 lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria, kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor. Ini satu angka yang amat membimbangkan kerana penyakit difteria ini satu ketika dahulu sudah tiada di Malaysia. Oleh kerana gerakan kumpulan antivaksin semakin aktif terutama di Johor Bahru, difteria muncul kembali dan membahayakan nyawa kanak-kanak tidak berdosa.

difteria

Menerusi akaun Facebooknya, Dr Ezairy M.Sallih telah pun menulis panjang lebar dan memberikan nasihat kepada ibu bapa tentang difteria. Sekiranya anda seorang ibu atau bapa, bacalah tulisan tersebut dan jadilah ibu bapa yang bertanggungjawab. Vaksinkan anak anda. Tolonglah. Jangan biarkan anak-anak anda mati begitu sahaja. Berikut adalah tulisan beliau.

Mahalnya Harga Seorang Anak : 5 lagi positif Difteria!

Lima lagi kanak-kanak disyaki positif jangkitan difteria, kini ditahan di wad isolasi pediatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ini berita yang amat-amat membimbangkan.

Tuan-tuan dan puan-puan, perhatikan anak-anak kita. Lihat juga diri kita dan pasangan kita.

??Jangkitan ini mudah berjangkit melalui beberapa cara.

1. Cairan pernafasan pesakit

2. Batuk dan bersin di dalam jarak dekat dengan pesakit

3. Sentuhan pada pesakit yang tercemar dengan cecair pernafasan

??Kenalpasti simptom dan gejala ini pada ahli keluarga anda!

1. Sakit pada tekak

2. Kesukaran untuk menelan makanan dan minuman

3. Selaput putih atau kelabu boleh dilihat pada kawasan tekak dan sekitarnya

4. Disertai gejala seperti demam, lesu dan tidak sedap badan

5. Bengkak pada kelenjar leher

Kita boleh mengelakkan anak-anak kita mendapat jangkitan ini dengan pemberian suntikan vaksin.

Yang masih mahu berubah, saya doakan kalian lakukan langkah ini seberapa segera mungkin untuk kesihatan anak-anak kita dan anak-anak seluruh masyarakat di negara kita.

??Mengapa jangkitan difteria ini amat berbahaya?

1. Selaput putih yang terbentuk pada tekak dan farinks pesakit boleh mengakibatkan pesakit kesukaran bernafasan

2. Ia juga boleh menyebabkan pembengkakan pada leher

3. Toksin yang menyerap ke seluruh tubuh juga boleh merosakkan organ lain seperti jantung

Bantulah komuniti masyarakat kita. Sayangi anak-anak kita. Penyakit ini mampu untuk dicegah. Lengkapkan suntikan imunisasi untuk anak-anak kita.

Ya, terlalu mahal harga untuk anak-anak kita. Ia anugerah yang tidak pernah ternilai. Hargailah ia.

Sila #KONGSI nasihat ini jika anda rasa ia amat bermanfaat untuk orang yang kita sayangi

Dr Ezairy M.Sallih
Doktor Otorhinolaryngologi
Telinga, hidung & tekak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...