(5 KES)Kecuaian Ibu Bapa Menyebabkan Kematian Anak Semakin Serius?

Trending

(5 KES)Kecuaian Ibu Bapa Menyebabkan Kematian Anak Semakin Serius?

1) Anak Meninggal Dunia Kerana Terkunci Dalam Kereta Yang Ditinggalkan Ibu, Pendedahan Malay Mail: Ibu Sering Tinggalkan Anak Dalam Kereta – MyNewsHub 29/7/2013

Akhbar Malay Mail mendedahkan adik Nawal Iris sering ditinggalkan di dalam Perodua Myvi milik ibunya yang ditempatkan bertentangan dengan bangunan utama sekolah selama berjam-jam lamanya hingga ibunya selesai bermesyuarat atau mengajar.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Yahaya Ramli yang mengesahkan dakwaan tersebut berkata,  kenyataan-kenyataan yang diambil dari guru-guru SMK USJ4 menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut sering dibawa ke sekolah dan dibiarkan bermain di kawasan sekolah secara berseorangan.

Yahaya menambah, guru dan staf di sekolah tersebut sering mendapati bahawa kanak-kanak tersebut ditinggalkan dalam kereta dengan cermin yang diturunkan, berlegar-legar di kawasan tempat letak kereta atau duduk bersendirian di bangku.

Pihak polis telah mengambil kenyataan ibu bapa Nawal.

‘Penemuan’ ini didapati bercanggah dengan komen yang diberikan oleh pihak pengawal keselamatan sekolah pada minggu lalu di mana mereka menyatakan bahawa mereka tidak pernah melihat kanak-kanak tersebut.

Kertas siasatan bagi kes itu kini dalam poses untuk dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Pada 18 Julai 2013, Nawal meninggal dunia selepas ditinggalkan di dalam kereta dari jam 11 pagi hingga 5.30 petang.

Nawal meninggal dunia di klinik berdekatan dan bedah siasat mengesahkan ia berpunca dari strok haba.

2) Kanak-kanak Dua Tahun Mati Digilis Treler Yang Dipandu Bapa Sendiri – Kosmo 29/9/2013

Muhamad Rifaie Aiman, 2 tahun, menemui ajal ditangan bapanya sendiri apabila beliau telah digilis sebuah treler 10 tayar yang sedang dipandu bapanya. Keadaan menyayat hati itu berlaku pada pukul 9.10 malam, kira-kira 10 meter dari rumah pangsa milik mereka di Taman Megah, Pontian Johor.

Difahamkan pada malam kejadian, Muhamad Rifaie, anak bongsu daripada tujuh beradik yang selalunya hanya melambaikan tangan sewaktu bapanya mahu bekerja, bersikap pelik apabila dia begitu beria-ia hendak mengikuti bapanya sehinggakan terpaksa dua kali dihantar balik ke rumahnya yang terletak di aras bawah rumah pangsa. Bapanya tidak menyangka setelah masuk ke dalam rumah, dia kembali mengekori semula ke tempat letak kereta sebelum di langgar oleh beliau.

Menurut bapanya, ketika treler yang dipandunya mula bergerak beberapa meter untuk ke tempat kerja di Johor Bahru, dia merasa seperti terlanggar sesuatu lalu memberhentikan treler, namun dia terkejut mendapati anaknya terbaring berdekatan tayar sebelah kanan. Keadaannya berlumuran darah. Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.15 malam kira-kira tiga jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Pontian.

Lagi tiga kes dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Temujanji kita malam ini, 9.00 malam, TV1- Malam Kemuncak Planet Joget! Jom tengok pasangan mana yang memenangi hadiah tunai RM 100,000!




3) Anak Lemas Gara-Gara Tidak Tutup Pintu DapurBerita Harian – 13/11/2011

Gara-gara tidak menutup pintu rumah, sepasang suami isteri kehilangan anak bongsu mereka yang dijumpai lemas di Sungai Kuala Besar, di Kota Bharu, Kelantan.

Nik Mohd Iqbal Azim Nik Roslan yang berusia setahun tiga bulan, dijumpai ibunya selepas didapati hilang kira-kira 1 tengah hari. kata ibu kanak-kanak itu, Lini Mat Noor, 22, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pantai Mek Mas:-

Saya tidak sedar anak bongsu saya hilang ketika saya mencuci pakaian dan dipercayai dia keluar rumah melalui pintu dapur yang tidak ditutup.

Katanya, selepas puas mencari di sekitar rumah, dia mengesyaki Nik Mohd Iqbal terjatuh ke dalam sungai tidak jauh dari situ dan meminta bantuan jiran untuk mencari anaknya.

Tidak lama kemudian, anak bongsu daripada tiga beradik itu dijumpai di permukaan air dan disahkan meninggal dunia setelah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang.

Ketika kejadian itu, bapa kanak-kanak malang itu, Nik Roslan Nik Mat@Hussin, 32, yang bekerja sebagai nelayan tiada di rumah.

4) Kanak-kanak 2 Tahun Maut Dilanggar Kereta Yang ‘Dipandu’ AbangKosmo 11/9/2013

Tragedi yang berlaku pada 11 September 2013 mungkin menjadi igauan seumur hidup bagi seorang bapa, Mohd. Ali Hussin, 53.

Apa tidaknya, insiden yang berlaku pada pukul 12.30 tengah hari itu mengakibatkan dia kehilangan anak kesayangannya, Mohd. Adam, 2, yang menjadi mangsa korban kereta miliknya sendiri.

Lebih menyayat hati apabila mangsa ditemui berlumuran darah dalam keadaan secara melutut di dinding sambil kedua-dua tangan memegang selipar selepas dirempuh kereta yang ‘dipandu’ si abang.

Kejadian yang berlaku di pekarangan rumahnya sendiri di Taman Kerian, Parit Buntar, Perak itu tercetus selepas Mohd Ali meninggalkan kereta tanpa berkunci sebelum masuk ke dalam rumah sebentar bagi mengambil barangnya.

Namun, tiada siapa dapat menyangka, akal panjang anak kecilnya yang berusia empat tahun itu mampu ‘memandu’ kereta bapanya.

Tindakan si abang yang cuba ‘bereksperimen’ dengan kereta Mazda bapanya itu nyata merubah episod hidup dalam keluarga Mohd. Ali.

Insiden itu seolah-olah menjadi pembuka trend nahas maut membabitkan kenderaan undur milik ahli keluarga mangsa sendiri di negara ini.

5) Kanak-Kanak Dua Tahun Mati Lemas Ketika Berkelah Dengan Ibu- BERNAMA 15/3/2012

Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun, yang hilang ketika bermain di taman permainan dekat Tasik Titiwangsa di sini, semalam, ditemui terapung setelah lemas di tasik itu pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, mayat kanak-kanak malang itu ditemui terapung berhampiran kawasan permainan di taman itu oleh orang ramai pada pukul 7.30 pagi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Pada kejadian, kanak-kanak tersebut bersama ibunya berumur 18 tahun serta ibu saudaranya berkelah di situ..

Beliau berkata, kanak-kanak itu dipercayai tergelincir semasa bermain di padang permainan itu dan selepas dilaporkan hilang, usaha mencari dilakukan sehingga pukul 12.30 tengah malam.


Apa yang menyedihkan, ini hanyalah sebahagian kecil dari kes-kes kecuaian ibu bapa yang menyebabkan kematian anak.

Bulan lepas, Harian Metro melaporkan, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, merancang untuk meminda Akta Kanak-kanak 2001 bagi mengenakan tindakan lebih tegas terhadap ibu bapa yang cuai dalam menjaga keselamatan anak-anak.

Beliau telah meminta pegawai kementerian mengkaji secara terperinci bentuk hukuman lebih tegas yang boleh dikenakan.

Katanya sebagai contoh, ibu bapa yang cuai mungkin boleh ditempatkan di pusat jagaan kanak-kanak untuk suatu tempoh bagi menyedarkan mereka tentang penjagaan anak-anak.

Program tersebut telah dilakukan di banyak negara di mana ibu bapa akan dipisahkan dari anak-anak mereka untuk melakukan khidmat masyarakat di pusat jagaan kanak-kanak dan hanya akan pulang ke rumah selepas mereka betuk-betul bersedia.

Menurutnya cadangan pindaan itu timbul ekoran beberapa kes kematian membabitkan kanak-kanak meningkat sepanjang tahun lepas akibat kecuaian ibu bapa atau penjaga.

Sebelum ini akta tersebut tidak begitu ketat kerana kita kasihan melihat ibu bapa yang trauma selepas kematian anak, namun bermula tahun ini kita akan menambah hukuman serta memperketatkan akta itu.

Rohani berkata, cadangan pindaan serta penguatkuasaan lebih tegas itu dilakukan bagi membuktikan bahawa kementerian serius terhadap kes-kes yang berlaku terhadap kanak-kanak.

Bagaimanapun, katanya perincian mengenai pindaan akta tersebut akan diberitahu dalam masa terdekat selepas kajian dibuat.

Selain itu katanya kursus untuk ibu bapa serta pasangan yang akan berkahwin juga akan diperbanyakkan sebagai memberi pendedahan mengenai kanak-kanak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...