5 Kepercayaan Ajaran Sesat ‘Tajul Khalwatiyah’ Yang Anda Perlu Tahu

Kehidupan

5 Kepercayaan Ajaran Sesat ‘Tajul Khalwatiyah’ Yang Anda Perlu Tahu

Di negara kita, ajaran sesat memang telah dikesan sejak dahulu lagi dan pengaruhnya meresap masuk ke dalam masyarakat Islam.

Antara ajaran sesat yang paling kita semua ingat di Malaysia semestinya ajaran Ayah Pin yang mengaku sebagai pemerintah kerajaan langit.

Advertisement

Ayah Pin

Baca ini: Ingakan kerajaan langit dah hapus

Di Indonesia kecoh minggu ini dengan satu ajaran sesat diketuai oleh seorang lelaki warga emas berumur 74, atau lebih dikenali sebagai Syekh Yusuf.

Beliau memimpin kumpulan tarekat Tajul Khalwatiyah Syekh Yusuf di Gowa, Sulawesi Selatan.

ajaran sesat

Kini warga emas yang menganggap dirinya sebagai seorang mahaguru ini tumpas dan dalam siasatan pihak polis dan Majlis Ulama Indonesia.

Beliau didakwa atas pelbagai tuduhan seperti penipuan, pencacatan nikah, talak dan rujuk, menghina agama dan pengubahan wang haram dan modus operandinya hanyalah untuk menyesatkan pengikutnya.

Apakah ajaran sesat Tajul Khalwatiyah?

Warga emas ini meyakinkan pengikut Tajul Khalwatiyah bahawa ajaran yang dibawanya boleh membuatkan pengamalnya masuk ke syurga dengan mudah.

5 kepercayaan ajaran sesat Tajul Khalwatiyah:

Jual kad untuk masuk syurga

jual kad masuk syurga

Puak Lalang akan mungutip wang daripada para pengikutnya dengan mewajibkan mereka membeli kad masuk syurga ini. Kad ini dikatakan boleh membebaskan dosa-dosa pengikutnya seumur hidup.

Para pengikut wajib membayar sebanyak Rp10,000 (RM3) dan Rp50,000 (RM15) untuk mendapatkan kad yang mengesahkan mereka menjadi ahli aliran tersebut.

Mengaku rasul utusan terakhir

Mereka mengaku diri mereka adalah rasul dan keturunan Nabi Muhammad semasa menyebarkan ajaran yang menyimpang dari syariat Islam.

Ajaran ini telah wujud pada tahun 1999-an lagi. Sejak itu, beliau telah mengangkat dirinya sebagai rasul.

Bayar zakat berdasarkan berat badan

zakat

Semua pengikut juga dikehendaki membayar zakat berdasarkan berat badan iaitu 1 kilogram bersamaan dengan RM1.50 dan mereka juga perlu membayar zakat maal atau aset yang bernilai 2.5% daripada hasil pendapatan mereka.

Duit zakat yang diterima ini akan diuruskan oleh pengikutnya sendiri.

Jumlah pengikutnya sejak ajaran tersebar pada tahun 1999-an sehingga sekarang telah mencecah 5 juta orang. Bukan hanya di Indonesia tetapi di luar negara juga.

sumber ajaran sesat

Mengubah Al-Quran

Ajaran Khalwatiyah mengajar bahawa Al-Quran itu bukanlah ajaran yang benar tetapi ia telah diubah mengikut keadaan semasa.

mengubah al-quran

Mereka juga telah membuat kita suci ajaran mereka sendiri yang diajarkan kepada para pengikutnya. Dalam kitab ini, ajaran ini mengangkat dirinya sebagai rasul dan berpegang kepada kitabnya sendiri.

Panjang umur dan menikah tanpa wali

Ketua aliran ini juga memperdaya pengikutnya dengan berkata dirinya boleh memanjangkan umur seseorang. Bukan itu sahaja, beliau juga menjanjikan setiap yang mati akan diangkat Allah menjadi tuhan.

Mengikut ajaran sesat ini, sesiapa yang berkahwin tidak memerlukan wali serta dokumen rasmi daripada pejabat agama.

Semoga perkongsian hari ini dapat mengelakkan kita semua terpengaruh dengan ajaran sesat dan melemahkan iman seseorang.
Sumber: Awani, Line Today

 

 

 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...