Written by AbangNara | June 26th, 2019

Menepati janjinya, Huawei kini membawakan kemaskini terbaru EMUI 9.1 untuk kesemua pengguna telefon pintarnya. Membawakan konsep “Quality Lifestyle”, pemegang telefon pintar Huawei Mate 20 Series akan dapat menggunakan EMUI 9.1 bermula 27 Jun ini secara automatik. Ha, mesti para pengguna Huawei dah tak sabar nak tahu apa yang best pasal EMUI 9.1 ini kan? Jom kita tengok 5 ciri-ciri baru yang dibawakan di dalam kemaskini ini:-

emui 9.1

GPU Turbo 3.0

emui 9.1

Kaki main game di telefon pintar? EMUI 9.1 membawakan kemaskini GPU Turbo 3 yang menjanjikan kepantasan, ketahanan dan kelancaran ketika anda bermain game seperti PUBG, Mobile Legend, Act of Valor dan sebagainya. Senarai game yang dipertingkatkan kualitinya di dalam EMUI 9.1 ini dinaikkan dari 6 kepada 25 jenis permainan antarabangsa. Senang cakap, confirm anda akan lebih banyak “chicken dinner” selepas ini.

Voice Assistant Lebih Canggih

emui 9.1

Dengan hanya menekan butang kuasa selama 1 saat, anda akan terus dapat mengaktifkan Google Asisstant. Selepas itu dengan hanya 1 klik untuk mengesahkan identiti subjek, anda terus boleh menggunakan voice assistant untuk membuat sebarang carian, bertanya soalan atau membuat panggilan telefon. Selain itu, voice assistant ini turut diintegrasikan ke dalam banyak applikasi untuk memudahkan lagi kehidupan anda. Memang canggih!!!

Kongsi Fail Lebih Mudah

emui 9.1

Tidak perlu lagi menggunakan sebarang wayar untuk melakukan proses pemindahan dokumen, video dan gambar dari telefon pintar Huawei ke laptop Huawei anda. Dengan Huawei Share, OneTap Share, segala proses pemindahan dilakukan secara wireless dengan hanya satu sentuhan sahaja. Paling syok, pemindahan fail bersaiz 1GB hanya mengambil masa selama 35 saat sahaja. Memang pantas!!!

Jadi Pakar Penyunting Video

emui 9.1

Suka ambil video tapi jarang nak kongsikan di laman sosial sebab tak pandai edit? Tak perlu risau sebab EMUI 9.1 hadir dengan HUAWEI Smart Video Editing, satu AI yang akan menyunting video anda secara automatik untuk mendapatkan babak yang terbaik. Ia akan menambah latarbelakang muzik dan kesan khas yang bersesuaian untuk membuatkan video anda lebih menarik. Lepas ini tak perlu nak habiskan masa untuk edit video dah. Semuanya automatik!!!

Video Ringtone

emui 9.1

Bosan mendengar bunyi ringtone yang sama setiap kali menerima panggilan telefon? Ha, jangan risau sebab dalam EMUI 9.1 ada  video ringtone yang memang unik. Anda boleh letak video kekasih hati tercinta sebagai ringtone, jadi bila anda menerima panggilan telefon daripadanya, akan terpampang video tersebut di skrin telefon Huawei anda. Pastikan video tersebut yang comel-comel dan manja-manja. Barulah makin bertambah kasih sayang.
emui 9.1Sebenarnya ada banyak lagi ciri-ciri baru yang mengkagumkan, unik dan bombastik di dalam Emui 9.1 ini.

Treadmill Feature

treadmill

Kalau anda jenis yang suka berlari atas treadmill, anda boleh connectkan telefon Huawei anda dengan treadmill tersebut untuk mengira jarak larian, degupan jantung, kalori terbakar, tempoh larian dan sebagainya. Kesemua ini akan dikira secara realtime. Awesome kan?

emui 9.1

Jadi tunggu apa lagi? Muatturunlah EMUI 9.1 hari ini juga di telefon pintar Huawei anda dengan pergi ke Settings – System – Software Update. Anda pasti akan teruja dengan kecanggihan EMUI 9.1 ini kelak. Maklumat lanjut sila layari laman web rasmi Huawei EMUI dan juga Facebook Huawei EMUI. Jangan lupa untuk tunggu maklumat rasmi dari Huawei untuk pengumuman naik taraf ke EMUI 9.1 buat kesemua model telefon pintarnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 responses to 5 Kemaskini Terbaru Dari Emui 9.1 Ini Akan Buat Pengguna Huawei Bersorak Sakan

  1. Anonymous says:

    Cant imagine how hectic the huawei workers (from the software team, the management, production etc). tak balik rumah, kene kejar ETA mengarut from management. kene bash bile developer/programmer tak deliver. good job huawei team!

    1

    0

Leave a Comment

Optional