5 Kebaikan Meregangkan Otot (Streching) Di Dalam Kehidupan Seharian Anda

Trending

5 Kebaikan Meregangkan Otot (Streching) Di Dalam Kehidupan Seharian Anda

Senaman Meregang otot – suatu perkara yang kita tahu kita perlu lakukan, tetapi jarang dapat dipraktikkan. Sewaktu di sekolah, senaman meregang otot sudah pasti dilakukan terdahulu sebelum memulakan sesuatu aktiviti sukan.

Advertisement

Masa muda-muda dahulu mungkin susah untuk mengetahui akan kebaikan senaman ini. Tapi bila umur sudah meningkat, sakit-sakit otot dan kecederaan yang berlarutan merupakan salah satu faktor mengapa kita perlu memulakan senaman meregang otot ini.

Selain dapat menghindarkan dari kecederaan, terdapat banyak lagi kelebihan yang perlu kita tahu mengenainya dan ianya baik juga untuk mereka yang jarang melakukan senaman. Jadi di sini admin nak kongsikan beberapa kebaikan jika kita melakukan senaman meregang otot.

1. Meningkatkan Kelenturan Badan

Rata-rata di antara tahu akan perkara ini, namun ramai yang tidak mengendahkannya. Iya lah, bukan nak jadik jurutunjuk yoga pon kan…..Tapi tanggapan anda silap sama sekali. Dengan kelenturan badan yang mencukupi, kebanyakan kerja-kerja harian kita akan menjadi lebih mudah. Ini adalah kerana sendi-sendi dan tisu otot kita meregang dengan lebih mudah dan menambahkan julat pergerakan sendi yang akan membantu mengoptimakan lagi fungsi otot itu sendiri.

2. Mempercepatkan Kadar Untuk Sembuh

Dengan meregangkan otot, ia akan memambahkan lagi kadar aliran darah ke dalam sistem otot. Dengan kata lain, sebarang kecedaraan yang berlaku akan dapat sembuh dengan lebih cepat. Jadi tiadalah lagi keperitan dalam tempoh yang lama.

3. Membantu Membaiki Postur Badan

Tidak dapat dinafikan lagi, orang zaman sekarang ini banyak menghabiskan masa dengan duduk di depan komputer mahupun bermain smartphone. Ini boleh menyebabkan otot menjadi ketat dan tegang dan membawa kepada postur badan yang tidak betul. Meregangkan otot dapat membantu mengurangkan ketegangan otot, dan mengembalikan postur badan kepada bentuk yang betul.

4. Membantu Melegakan Kesakitan

Meregangkan otot merupakan satu menu yang mesti ada bagi rawatan fisioterapi. Ianya adalah bagi membantu menguruskan kesakitan bahu, belakang dan lutut. Kadar peredaran darah yang baik akan meregangkan ketegangan otot yang menyebabkan keperitan dan kesakitan.

5. Membantu Mengurangkan Tekanan

Regangan yang baik dapat memberikan ketenangan – ini adalah benda yang biasa bagi mereka yang selalu mempraktikkan yoga. Ianya juga dapat mengalihkan perhatian minda kita yang sibuk yang juga membantu merehatkan otak dan minda.

Sekarang kita dah tahu banyak mengenai kebaikan melakukan kerengan otot. Jadi jangan lah malas-malas lagi kerana ianya tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...