5 Kebaikan Halia Yang Perlu Anda Tahu Untuk Kekal Cantik dan Sihat

Hiburan

5 Kebaikan Halia Yang Perlu Anda Tahu Untuk Kekal Cantik dan Sihat

Setiap orang pasti mengimpikan wajah yang cantik serta badan yang sihat dan segar. Tahu tak, sebenarnya anda tidak perlu berbelanja banyak untuk menjadi cantik dan sihat. Apa kata anda cuba cara alami dengan menggunakan bahan yang anda boleh dapatkan di dapur sahaja. Bahan itu ialah halia.

image

Advertisement

Jadi, kami kongsikan Lima kebaikan halia untuk kecantikan dan kesihatan yang boleh anda cuba.

Mengubati Selsema

image

Jika anda mengalami tanda-tanda awal demam dan selsema, bolehlah gunakan halia sebagai “home remedy”. Apa yang anda boleh lakukan ialah mengunyah halia segar atau rendam halia yang telah dicincang ke dalam air panas dan minum dua hingga tiga kali sehari.

Mengurangkan Kesakitan

image

Tahukah anda, halia mempunyai enzim yang dapat membantu untuk mengawal kesakitan? Sangat bagus untuk sakit otot ketika bersukan atau ‘period pain’. Selain itu, halia juga boleh digunakan sebagai alternatif untuk melegakan sakit kepala. Caranya mudah sahaja, campur halia bersama minyak angin dan sapu ke tempat yang berkenaan untuk mengurangkan rasa sakit.

Menurunkan Berat Badan

image

Untuk anda yang sedang berdiet atau ingin mengurangkan pengambilan gula, halia boleh membantu untuk menjayakan misi itu. Anda boleh mengamalkan teh halia pada waktu pagi dan petang. Halia boleh membantu untuk menghilangkan keinginan atau ‘craving’ terhadap gula. Selain itu, halia juga boleh membantu dalam proses pembakaran lemak dan meningkatkan metabolisma secara semula jadi. Oleh sebab itulah halia sering digunakan dalam produk pelangsingan. Caranya, masukkan halia ke dalam teh atau rendam halia kedalam air panas dan campurkan sedikit madu. Minum setiap kali sebelum makan dan anda akan dapat merasai kebaikannya.

Kulit Mulus Dengan Halia

image

Inginkan kulit wajah yang bersih, bersinar-sinar dan awet muda? Anda boleh amalkan cara yang mudah ini. Hanya dengan menggunakan halia dan cuka dapat membantu menghilangkan kesan parut hitam di wajah dan menjadikan kulit lebih licin serta bebas cela. Apa yang anda boleh lakukan ialah rendamkan hirisan halia ke dalam cuka dan simpan di dalam peti sejuk. Kemudian gosok muka anda menggunakan hirisan halia yang telah direndam tadi selama 10 minit. Selepas itu bersihkan muka dengan air bersih dan ketulan ais.

Hilangkan Bau Mulut dan Masalah Pernafasan

image

Satu lagi fakta yang menarik tentang halia ialah dapat membantu untuk menghilangkan masalah bau mulut. Bukan itu sahaja, halia juga dapat menguatkan gusi dan memberi nafas yang lebih segar. Anda akan rasa yakin untuk berdepan dengan orang ramai. Anda boleh cuba minum air rendaman halia untuk menghilangkan masalah tersebut.

Tetapi anda tak perlu risau dan bersusah payah lagi, Kini Listerine telah tampil dengan produk terbarunya, Listerine Gum Care Less Intense yang diperkaya dengan kebaikan halia tanpa rasa pedas yang kurang menyenangkan. Tambahan pula ia bukan sahaja memberikan nafas yang segar tetapi juga boleh menguatkan gusi anda.

image

Dirumus khas untuk mengekalkan kesihatan gusi, anda boleh mendapatkan gusi yang lebih sihat dalam tempoh 2 minggu.

Listerine Gum Care Less Intense berfungsi untuk:
– Membunuh kuman di atas dan bawah gusi
– Memberi penjagaan untuk tanda-tanda masalah gusi
– Mengurangkan plak untuk mengekalkan kesihatan gusi

Untuk Maklumat lanjut mengenai Listerine Gum Care Less Intense ini anda boleh layari laman web rasmi mereka!

Jika anda yakin dengan khasiat halia, anda boleh cuba amalkannya mulai sekarang dan rasai keberkesanannya.

Selamat Mencuba!



Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...