5 Jenis Sukan Yang Termahal Di Dunia Dan Memerlukan Peruntukan Khas

Trending

5 Jenis Sukan Yang Termahal Di Dunia Dan Memerlukan Peruntukan Khas

Mungkin ramai yang fikir sukan golf adalah yang paling mahal. Namun, tanggapan anda salah sama sekali dan anda mungkin hanya mampu menggigit jari sahaja selepas tahu tentang kos sebenar sukan-sukan ini.

Advertisement

#1 Lompat Ski

Walaupun kos peralatan asas yang diperlukan mencecah AS$2,500 (RM 11,071), ia memerlukan khidmat jurulatih yang mahir dan sudah tentu kos bayaran jurulatih sangat tinggi. Untuk memasuki kawasan latihan, juga memerlukan kos yang agak tinggi. Seorang atlet yang aktif dalam sukan lompat ski ini, mereka memerlukan peruntukan sekurang-kurangnya AS$100,000 setahun bahkan itu belum lagi termasuk kos insurans nyawa dan kemalangan yang wajib diambil setiap hari.

#2 Polo

Boleh lihat sendiri sukan ini banyak diminati oleh anak kerabat diraja yang menganggap sukan ini mempunyai nilai estitika yang tersendiri. Sukan Polo mewajibkan seseorang atlet memiliki kuda lebih daripada seekor dan kebiasaannya berjumlah empat ekor. Sepasang kuda perlu menjalani latihan yang menelan kos kira-kira AS$2,500 sebulan. Untuk menyertai pertandingan, seseorang atlet perlu mengeluarkan belanja antara AS$3,500 hingga AS$150,000 bergantung kepada reputasi kejohanan yang disertai.

#3 Equestrian

Untuk beraksi secara serius dalam sukan Equestrian, kos yang sangat tinggi diperlukan iaitu merangkumi latihan dan penyelenggaraan kuda. Kos untuk memasuki pertandingan Equestrian peringkat antarabangsa memerlukan bajet sekitar AS$200,000 setahun tidak termasuk harga untuk membeli kuda. Harga kuda pun sangat mahal.

#4 Formula One

Sehingga kini, belum ada nilai tepat jumlah yang perlu dibayar oleh seseorang untuk menjadi pelumba F1. Pengarah Eksekutif Mercedes AMG Petronas Formula One Team, Toto Wolff berkata, tiada jalan pintas untuk individu yang mahu menyertai perlumbaan F1. Semua pelumba perlu melalui banyak fasa yang memerlukan kos sangat tinggi sebelum boleh mendapatkan lesen sebagai pemandu F1. Kanak-kanak yang menunjukkan minat perlu beraksi dalam perlumbaan Go Kart terlebih dahulu dan kemudian baru boleh beralih kepada perlumbaan F4, F3 dan F2 yang memerlukan perbelanjaan kira-kira RM47.71 juta.

#5 Pelayaran

Sebuah kapal layar jenis AC72 yang mengambil bahagian dalam acara American Cup memerlukan kos sehingga ratusan juta ringgit termasuk kos penyertaannya dalam perlumbaan yang mengambil masa beberapa bulan. Selepas musim berakhir, kapal layar perlu dijaga rapi untuk memastikan ia boleh digunakan kembali untuk perlumbaan dan itu juga melibatkan kos yang tinggi.

Sumber : KOSMO

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...