5 Jenis Bahasa Cinta Yang Tak Ramai Tahu, Pasangan Anda No Berapa ?

Trending

5 Jenis Bahasa Cinta Yang Tak Ramai Tahu, Pasangan Anda No Berapa ?

Siapa yang tidak mengenal kata cinta? Cinta telah hadir sejak zaman nabi Adam diciptakan, dan kemudian diciptakanlah Hawa sebagai pasangan hidupnya .

Advertisement

Cinta juga merupakan fitrah alami manusia dan tanpa keberadaan cinta, orang menyebutnya sebagai perasaan hampa.

Cinta juga banyak memberikan inspirasi dan pengorbanan akan tetapi cinta jugalah yang kadang membawa kesengsaraan bagi mereka yang merasakannya.

Definisi cinta bagi setiap manusia juga adalah berbeza.

Ada manusia yang bila diberi layanan yang istimewa merasakan dirinya dicintai.Ada juga apabila diberi hadiah yang mahal-mahal,merasakan dirinya dicintai.

Setiap manusia mempunyai penafsiran yang berbeza dan menurut kajian secara rawak ini antara 5 Bahasa Cinta yang anda perlu tahu supaya perhubungan anda tidak hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.

1. Words of Affirmation

Ada orang, dia suka bila pasangan dia #Puji di Cantik, pandai masak, Wangi, Rajin. Bila di Puji otak dia akan tafsir yang dia sedang di Cintai.

2. Physical Touch

Ada orang dia suka di #Belai, di #Manja di usap-usap macam kucing Parsi. Bila di sentuh otak dia akan Tafsir yang dia sedang di Cintai.

3. Receiving Gift

Ada juga spesis yang suka bila orang bagi #Hadiah, or #Surprise. Bila dapat cincin Emas or Iphone 7. Otak dia akan tafsir yang di sedang di Cintai.

4. Quality Time

Ada pula yang jenis perlukan #Perhatian dan #Masa. Dengar luahan perasaan dia, duduk luang masa dengan dia. Otak dia akan kata kamu sedang di Cintai

5. Acts of Service:

Akhir sekali, jenis suka bila orang #Tolong dia buat kerja, tolong masak, tolong kemas rumah, sidai kain dan lain-lain. Bila orang buat macam itu, otak dia akan kata. Waaa, aku sedang di Cintai.

Apa yang menjadi masalah sekarang, kita tidak tahu macamana cara otak pasangan kita mentafsirkan Cinta. Bila tak tahu, apa yang berlaku?

Kita cuba sampaikan cinta cara otak kita fikir. Bukan cara otak dia fikir.

Lepas faham bahasa cinta ni,hubungan menjadi lebih mudah.

InsyaAllah perselisihan faham juga boleh dielakkan. Dan yang penting sekali dalam perhubungan yang bahagia, turunkan ego dan sentiasa mengalah sekiranya perlu.

Tidak perlu bertekak sesama sendiri untuk menegakkan benang yang basah.

Anda sudah tahu otak anda menafsir cinta bagaimana?

Sumber: Afnan Rosli

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...