5 Janji Yang Rakyat Malaysia Suka Mungkiri! Mana Satu Yang Anda Pernah Pakai?

Branded

5 Janji Yang Rakyat Malaysia Suka Mungkiri! Mana Satu Yang Anda Pernah Pakai?

Bila kita bercerita pasal janji, rata-rata rakyat Malaysia mesti pernah berjanji untuk sesuatu dan mesti pernah memungkiri janji tersebut.

Kalau anda nak tau, ada 5 janji manis yang kebanyakan kita akan mungkiri secara sedar ataupun tidak.

Antara janji-janji manis yang selalu dimungkiri adalah ‘aku otw ni’, ‘esok aku bayar balik’, ‘pinjam kejap, nanti aku pulangkan’, ‘aku tak sihat la hari ni’, ‘sorry, aku ada hal emergency’ dan ‘nanti aku send gambar’. Tipu lah kalau anda tak pernah guna salah satu daripada alasan ni untuk mungkir janji kan? 

Buktinya, rata-rata anda yang komen di ruangan posting kami menggunakan janji manis seperti ‘aku otw dah ni’, ‘5 minit lagi sampai’ dan ‘lagi satu simpang nak sampai’. Haa, boleh tahan ya janji-janji manis yang digunakan pada kawan-kawan serta keluarga anda. 

Tapi, anda nak tau tak ada beberapa janji yang susah untuk dimungkiri dan orang patut percaya? 

3 Janji Dari Dulux Yang Anda Boleh Percaya

Bila kita sebut tentang Dulux, pasti kita tahu ia adalah sebuah jenama cat yang sangat bagus serta menepati kehendak pelanggan.

Untuk pengetahuan anda, Dulux hadir dengan 3 janji untuk anda yang mana mereka akan kotakan janji-janji mereka. Nak tau apa antara janji mereka?

1. Dulux menjanjikan warna yang sempurna untuk anda yang mana warna cat yang anda lihat di dek kipas dan kad lorek Dulux adalah sepadan dengan warna cat yang anda inginkan. Haa, perkara ni sangat penting sebelum memilih cat tau!

2. Dulux menjanjikan anda kekemasan yang seragam yang mana apabila cat telah kering sepenuhnya ia tak akan meninggalkan sebarang kesan tampalan pada dinding serta menjadikan permukaan ruang anda lebih cantik.

3. Dulux memberi jaminan baldi cat yang sepadan dapat meliputi kawasan dinding anda dengan sempurna seperti yang dinyatakan dalam label produk Dulux. Namun, ada beberapa warna yang mungkin memerlukan lebih daripada dua lapisan untuk hasil yang terbaik!

‘Bright Skies’ Warna Tahun 2022 Yang Dekat Dengan Diri Anda

Setiap tahun, Dulux pasti hadir dengan warna tahunan baru yang mana warna tersebut dapat memberikan inspirasi serta keselesaan kepada pelanggan.

Warna yang Dulux perkenalkan untuk tahun 2022 adalah Bright Skies(Blueberry Mash 14BB 55/113). Haa, warna yang dipilih oleh mereka ini sangat bersesuaian dengan keadaan serta mampu untuk memberi ketenangan pada kita tau. Menarik!

Menurut Heleen van Gent, pengarah Kreatif Pusat Estetik Global Akzonobal, warna ini mencerminkan langit tanpa batas serta memberi nafas baharu dalam kehidupan kita. 

Bukan itu sahaja, dalam pada pelanggan ingin mengekspresikan diri serta mengubah ruang mereka, sebagai pakar warna, Dulux akan memberi inspirasi serta keyakinan warna pada mereka. 

Jadi, lepas ni anda dah tak perlu risau fikirkan warna apa yang sesuai untuk ruang rumah anda. Pilih je Bright Skies ni, semestinya ruang rumah anda akan lebih tenang dan selesa. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Janji Dulux, anda boleh klik DI SINI, serta layari laman rasmi DULUX untuk ketahui lebih lanjut mengenai warna-warna trending pada tahun 2022.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...