5 Jam Hujan Tak Berhenti, Netizen Terkejut Tengok Air Banjir Jernih – “Macam Swimming Pool”

Kehidupan

5 Jam Hujan Tak Berhenti, Netizen Terkejut Tengok Air Banjir Jernih – “Macam Swimming Pool”

Seperti yang ramai tahu, bencana banjir telah berlaku di negeri Kelantan dan jumlah mangsa meningkat dengan mendadak kepada 25,514 orang semalam. Lapor, Berita Harian.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran video TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai Eyra Zara memaparkan keadaan banjir terkini di rumahnya di Kelantan.

Advertisement

Menerusi video tersebut, wanita itu memaklumkan hujan turun tanpa henti selama 5 jam dan menyebabkan air banjir semakin naik ke dalam rumah.

Namun, apa yang mencuri perhatian orang ramai ialah keadaan air banjir yang memasuki rumah wanita itu dilihat sangat jernih dan berbeza dengan keadaan air banjir yang selalunya berwarna coklet cair seperti minuman ‘Teh Tarik’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut melihat kejernihan air banjir tersebut sehingga disamakan dengan air penapis ‘Coway‘ dan air kolam renang.

Sehingga kini, perkongsian video itu telah meraih 1.4M tontonan, 105.5K tanda suka, dan 1.1K komen di laman TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

TikTok
1 year ago

(VIDEO) “Tolonglah Pakai Otak” - Keluarga Tonton TV Dalam Air Banjir, Netizen Pula Yang Risau Kena Renjatan Elektrik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...