5 Info Produk Mekap Vegan Pengguna Kosmetik Kena Ambil Tahu

Branded

5 Info Produk Mekap Vegan Pengguna Kosmetik Kena Ambil Tahu

Sebelum ini kita mungkin dengar dan baca mengenai pemakanan vegan atau berasaskan sayur-sayuran kan? Tapi pernah tak dengar tentang produk kosmetik vegan? Selain 100% vegan, produk ini juga bebas kekejaman ke atas haiwan dalam proses penghasilannya.

Produk kosmetik di pasaran yang mungkin dari jenama-jenama besar mungkin menggunakan ujian ke atas haiwan sebelum dijual. Semuanya untuk menguji keberkesanan dan keselamatan sebelum menemui pengguna. Walaupun untuk kebaikan pengguna, perkara ini adalah sesuatu yang tidak beretika dan perlu kita elak sebagai pengguna.

Ada ke produk yang 100% vegan, bersih dan telus memaklumkan bahan digunakan iaitu 94% bahan semula jadi? Selain itu, produk ini juga mestilah mesra haiwan di mana mereka komited menghentikan kekejaman ke atas haiwan dalam industri kecantikan. Kesian haiwan comel seperti arnab dan tikus jadi mangsa?

Yang paling penting, produk sebegini perlulah boleh digunakan semua jenis kulit dari kulit sensitif, non-comedogenic dan diuji dermatologi. Jawapan, ADA!

Kami menemukan satu jenama dari London yang ada semuanya aspek di atas iaitu Rimmel! Ini 3 produk yang wajib korang cuba:

Rimmel Kind and Free Skin Tint Foundation

Rimmel Skin Tint Foundation

Seperti namanya, foundation ini melembapkan kulit dan dalam masa sama memberikan kemasan kulit lebih segar dan sihat berseri. Lebih glowing dan bercahaya! Produk ini juga dirumus dengan bahan anti-oksidan kompleks serta Vitamin E, Vitamin Pro B5 dan Aloe Vera.

Teksturnya yang ringan memberikan finishing dewy dan memberikan kelembapan sepanjang hari. Ada 6 tona warna kesemuanya untuk memenuhi keperluan tona wanita Asia.

Rimmel Kind and Free Hydrating Concealer

Rimmel Hydrating Concealer

Bagi menutup cela, parut di wajah dan lingkaran gelap bawah mata, gunakan Rimmel Kind and Free Hydrating Concealer. Concealer dengan tekstur ringan ini memberikan litupan sederhana. Juga memberikan kemasan dewy dan membekalkan kelembapan seharian.

Produk ini dibuat menggunakan 80% bahan yang berasal dari alam semula jadi. Jadi tak perlu ragu-ragu untuk memasukkannya dalam rutin mekap korang. Tersedia dalam 3 rona pilihan.

Rimmel Kind and Free Pressed Powder

Rimmel Pressed Powder

Tahu kan mimpi ngeri bila mekap dan kemudian muka bercapuk selepas seharian? Tapi jangan risau dengan Pressed Powder dari Rimmel ini kerana ianya tahan lama, memberikan kemasan matte dan paling paling penting mengurangkan kulit nampak berminyak! Sangat sesuai untuk touch-up mekap, barulah sentiasa on-point!

Rimmel Kind and Free Pressed Powder ini diformulakan menggunakan bahan aloe vera dan ubi kayu serta 94% bahan semula jadi. Produk ini juga bebas talkum. Diuji oleh dermatologist dan sesuai untuk kulit sensitif. Ada 4 rona untuk dipilih mengikut warna kulit.

Rimmel cosmetics products

Menggunakan bahan semula jadi untuk penghasilannya, mesra haiwan dan menolak kekejaman dalam dunia kecantikan, sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan paling penting harga berpatutan, apa lagi korang tunggu?

Rangkaian produk Rimmel boleh didapati dengan harga RM49.90 (Skin Tint Foundation), RM29.90 (Hydrating Concealer) dan RM39.90 (Pressed Powder). Dengan kualiti diberikan, semestinya berbaloi-baloi untuk setiap sen dilaburkan!

Dapatkan keseluruhan rangkaian produk Rimmel di Shopee, Lazada, Zalora, Watsons dan Guardian sekarang. Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...