5 Individu Ungguli Carta Terkaya Di Dunia 2017 Dan Ini Bisnes Yang Mereka Buat

Trending

5 Individu Ungguli Carta Terkaya Di Dunia 2017 Dan Ini Bisnes Yang Mereka Buat

Seperti biasa setiap tahun, Forbes.com akan mengeluarkan senarai terkini individu yang terkaya di dunia dan jumlah pendapatan bersih mereka.

Advertisement

Pada tahun ini menunjukkan sedikit perubahan apabila senarai kedudukan individu terkaya di dunia telah berubah sedikit.

Jom lihat senarai individu terkaya di dunia pada 2017 dan sumber bisnes mereka.

#1 Bill Gates $89.3 Billion

Bill Gates kini berusia 61 tahun (2017) dan menetap di Medina, Washington. Merupakan individu terkaya dalam bidang teknologi dan syarikat gergasi beliau iaitu Microsoft.

Sudah berada di carta 400 individu terkaya di dunia sejak 24 tahun yang lalu. Swaktu kecil lagi, Bill Gates merupakan seorang ulat buku sehinggakan ibu bapanya terpaksa melarangnya membawa buku ketika makan di meja.

#2 Jeff Bezos $83.7 Billion

Merupakan CEO dan Founder Amazon.com. Berumur 53 tahun dan menetap di Seattle, Washington. Sumber kekayaan beliau datang dari amazon.com dan sumber lain. Mula mengungguli senarai top forbes sejak saham pasaran runcit atas talian beliau melonjak.

#3 Warren Buffet $81.1 Billion

Dikenali sebagai “Oracle of Omaha,” berumur 87 tahun (2017) Buffett adalah salah satu pelabur paling berjaya sepanjang masa. Dia mengusahakan Berkshire Hathaway, yang memiliki lebih daripada 60 syarikat, termasuk syarikat insurans Geico, pembuat bateri Duracell dan restoran Dairy Queen.

Merupakan anak lelaki kongres A.S., mula membeli saham pada umur 11 tahun dan pertama kali memfailkan cukai pada umur 13 tahun.

Beliau komited untuk memberi lebih daripada 99% kekayaannya kepada badan amal. Setakat ini dia telah memberi hampir $ 32 bilion. Bersama rakan Bill Gates, beliau melancarkan The Giving Pledge pada tahun 2010, meminta para jutawan untuk menyumbangkan setengah kekayaan mereka kepada badan amal.

#4 Amancio Ortega $78.7 Billion

Ortega merupakan individu terkaya di Eropah dan peruncit terkaya di dunia. Seorang perintis dalam fesyen terkini, Ortega mengasaskan jenama Zara dengan bekas isterinya, Rosalia Mera pada tahun 1975.

Ortega biasanya memperoleh lebih daripada $ 400 juta dividen setahun. Beliau telah melabur dalam portfolio hartanah yang terus berkembang, termasuk bangunan di Madrid, Barcelona, London, Chicago, Miami dan New York.

#5 Mark Zuckeberg $72.6 Billion

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook mula mengasaskan Facebook pada tahun 2004 pada usia 19 tahun. Zuckerberg memulakan Facebook di Harvard untuk pelajar. Beliau memiliki kira-kira 17% saham Facebook. Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, berjanji untuk memberi 99% pegangan Facebook mereka sepanjang hayat mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...