5 Impian Abang Nara Ketika Mahu Mula Bekerja

Hiburan

5 Impian Abang Nara Ketika Mahu Mula Bekerja

Selepas berjaya memperolehi segulung ijazah dari Korea Universiti pada tahun 2008, Abang Nara pun pulang ke Malaysia dengan semangat yang penuh berkobar-kobar. ‘Aku balik nak cari kerja dan nak ada duit sendiri, kata hati ini. Teringat lagi beberapa impian yang Abang Nara senaraikan di atas kapal terbang ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia. Iyerlah, dah balik Malaysia, ada kerja, mestilah ada beberapa perkara yang kita sendiri nak beli dengan duit sendiri kan? Antara impian Abang Nara ketika itu ialah:-

1. Ada kereta sendiri

Advertisement

Yeah!!! Kereta. Perkara pertama yang bermain di minda Abang Nara. Iyerlah, ada kereta senang sikit nak keluar jalan-jalan. Mana tahu lepas 2,3 tahun dah ada awek boleh bawak si dia keluar dating naik kereta. Kalau tak silap kereta idaman Abang Nara ketika itu ialah Honda Civic. Dapat pulak yang Type R. Pergh!!! Memang meleleh awek tengok!!!

golden emperor

seksi bro!!!

2. Tolong emak bapak

Selepas terleka dengan duniawi (kereta di atas), Abang Nara terus teringat emak dan ayah yang tercinta. Selama ini mereka telah banyak menghabiskan wang membesarkan diri ini. Jadi apabila dah bekerja nanti, tibalah masa untuk membalas budi. Abang Nara sematkan impian untuk bagi sebahagian daripada duit gaji kepada mereka. Tak banyak pun tak apa. Yang penting jujur dan ikhlas.

3. Enjoy puas-puas sebelum kahwin

Enjoy di sini bukanlah bermaksud pergi clubbing, jadi mat rempit dan sebagainya. Sebaliknya lebihi kepada membuat aktiviti seperti bermain futsal, main Dota, lepak kedai mamak dengan member-member dan main snooker. Sebelum kahwin kena buat puas-puas dulu. Nanti dah kahwin ada tanggungjawab baru. Takkanlah nak tinggalkan bini tidur sorang-sorang kat rumah kita gi lepak ngan member kan? Tak gitu?

4. Cari awek untuk dijadikan isteri

Setelah bertahun-tahun awek Korea mengkagumi kekacakan wajah Abang Nara, kini tiba giliran awek-awek Malaysia pula untuk jatuh cinta dengan diri ini. Ketika itu Abang Nara tak letak harapan yang tinggi sangat. Cukuplah dapat awek yang mencintai diriku dengan tulus dan sanggup bersuamikan diri ini. Sekali tue dapat pula awek cun yang telah menjadi isteri dan ibu kepada anak-anak Abang Nara. Alhamdulillah.

golden emperor

inilah buah hati pengarang jantung Abang Nara

5. Beli rumah untuk buat tempat tinggal dan pelaburan

Rumah sendiri sememangnya penting lebih-lebih lagi apabila sudah bekeluarga dan mempunyai anak-anak. Masa bujang bolehlah duduk rumah sewa. Bila dah beli rumah sendiri, nak juga merasa beli 2,3 buah rumah lain sebagai pelaburan masa depan. Rumah sendiri kalau boleh rumah tereslah. Rumah untuk pelaburan tak kisahlah kondominium ke, flat ke, yang penting lokasi dan harga berpatutan.

golden emperor

dapat rumah macam nie memang menangis dibuatnya

Alhamdulillah selepas pulang hampir 7 tahun, hampir kesemua impian di atas telah pun menjadi kenyataan. Kereta dah ada, enjoy pun dan enjoy, awek pun dah jadi bini, mak ayah pun dah tolong semampu boleh, rumah untuk tinggal satu keluarga pun dah beli. Cuma tinggal satu perkara je tak tercapai iaitu rumah untuk pelaburan. Dulu masa Abang Nara mula-mula balik, harga rumah teres boleh lagi dapat bawah RM300,000, tapi sekarang dengan harga tue, nak beli kondominium kat Kuala Lumpur pun tak dapat. Memang harga hartanah di Malaysia meningkat macam nak gila. Menangis nak beli untuk buat pelaburan sebab takut tak berbaloi.

golden emperor

Jadi adakah impian untuk Abang Nara memiliki rumah sebagai pelaburan akan berkubur begitu sahaja? Jawapannya sudah tentulah TIDAK. Kalau harga rumah di Malaysia mahal, inilah peluang untuk kita melihat harga-harga hartanah di luar Malaysia. 9 dan 10 Mei ini bertempat di JW Marriott KL, Golden Emperor, sebuah syarikat pelaburan dari Hong Kong akan mengadakan sebuah property showcase khas untuk mereka yang berminat melabur projek hartanah di Phuket, Thailand. Projek tersebut adalah sebuah kondominium. Harganya? Jeng, jeng, jeng. Jangan terkejut. Bermula dengan RM250,000 SAHAJA, anda boleh mendapatkan sebuah unit kondominium dcondo Mine di Phuket, Thailand.

golden emperor

Abang Nara terus rasa berminat untuk menghadiri property showcase ini. Sebab pertama sudah tentu kerana harganya yang murah iaitu bermula dari RM250,000. Kalau kat KL dengan harga tersebut memang dah tak dapat dah kondominium. Keduanya, kondominium ini menjanjikan rental guarantee sebanyak 7% untuk tahun pertamanya. Dan yang ketiga, banyak faedah faedah seperti spa, golf dan juga bot yang bakal diperolehi oleh mereka yang membuat pelaburan ini.
Menarik bukan?

golden emperor

Tak salah rasanya untuk pergi intai-intai terlebih dahulu property showcase ini yang bakal berlangsung pada 9 dan 10 Mei ini di JW Marriot KL. Nak beli atau tidak itu belakang cerita. Yang penting pergi tengok dulu jika ada masa. Untuk yang berminat, bolehlah isi borang di bawah atau RSVP di http://goldenemperor.com/thailand/news/phuket-property-rm250000-50-financing atau emel terus ke [email protected]. Jangan lupa pilih sesi anda untuk memudahkan pihak pengurusan.

Kita jumpa nanti di JW Marriot Hotel KL. Selamat mendaftar!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...