5 Idea Dekorasi Ruang Kerja Di Rumah Yang Boleh Dijadikan Inspirasi

Kehidupan

5 Idea Dekorasi Ruang Kerja Di Rumah Yang Boleh Dijadikan Inspirasi

Oleh kerana negara kita kini sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP). Banyak aktiviti harian kita terpaksa ditangguhkan dan sudah pasti ramai daripada kita, yang terpaksa bekerja dari rumah ketika ini (WFH).

WFH bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Hal ini kerana kita berhadapan dengan suasana yang sangat berbeza dari tempat kerja kita, seterusnya mempengaruhi mood ketika melakukan tugasan.

Advertisement

Memikirkan hal sedemikian, kami bawakan jalan penyelesaian untuk anda semua iaitu dekorasi ruang kerja di dalam rumah yang boleh membangkitkan suasana pejabat di rumah anda.

Jom tengok!

1. DIY kalender 

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Kalendar adalah bertujuan untuk memastikan anda melakukan segala tugasan pada waktu yang telah ditetapkan. Dengan adanya kalender ini, anda akan menjadi lebih berdisiplin dan lebih menjaga waktu.

Anda juga boleh menggunakan segala idea kreatif yang ada dengan meletakkan simbol-simbol tertentu pada kalendar menggunakan pelbagai jenis pen atau pelekat yang boleh menghasilkan warna menyenangkan.

2. Menyusun buku-buku kegemaran

Gambar hiasan

Buku boleh menjadi sumber inspirasi dalam melakukan tugasan. Oleh itu, anda boleh meletakkan beberapa buku kegemaran ataupun buku yang penting yang dalam melakukan tugasan. Anda juga boleh berhenti berehat untuk seketika dengan membaca buku kegemaran anda.

Selain itu, buku juga boleh menghasilkan suasana yang menarik jika disusun dengan cantik. Tidak percaya? Cuba susun buku-buku yang telah dipilih mengikut saiz dan warna sehingga kelihatan menarik dan tengok hasilnya.

3. Tambahkan tanaman

Gambar Hiasan

gambat hiasan

Menambah tanaman pada ruang kerja boleh membangkitkan suasana yang nyaman semasa bekerja.

Melakukan pekerjaan di rumah memerlukan kita untuk menatap skrin pada laptop dalam masa yang lama. Oleh itu, mata kita semestinya akan berasa letih. Fungsi tumbuhan diletakkan di ruang meja adalah untuk merehatkan mata kita beberapa saat dengan melihat warna hijau pada tumbuhan tersebut.

Cukup sekadar meletakkan tanaman pada pasu yang kecil agar ruang kerja tidak terlalu penuh dengan tanaman. Anda juga boleh memilih tumbuhan berbunga agar suasana ruang kerja anda ceria.

4. Menghias papan informasi

Gambar Hiasan Gambar Hiasan

Dengan adanya papan informasi pada ruang kerja, pekerjaan anda akan menjadi lebih mudah kerana anda boleh meletakkan segala catatan penting mengenai semua tugasan yang sedang dilakukan.

Jika anda tidak mempunyai papan khusus, anda boleh gantikan dengan dinding sahaja.

Untuk membangkitkan lagi suasana baru pada ruang kerja hiaslah papan informasi anda dengan lebih kreatif. Anda juga boleh gunakan pelekat nota yang berwarna warni dan foto-foto kenangan untuk menghias papan informasi.

5. Gantung perkataan inspirasi

Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Idea dekorasi ruang kerja yang seterusnya adalah perkataan yang boleh dijadikan inspirasi kepada anda. Pilih kata-kata semangat dan positif yang ada, susunkan di ruangan kerja mengikut kreativiti sendiri.

Memandangkan kita perlu menjaga fikiran supaya sentiasa dapat melakukan tugas dengan baik, hiasan dengan kata-kata semangat dapat memberi pengaruh yang positif dan mengelak rasa tertekan semasa bekerja.

Untuk pengetahuan anda, inspirasi dekorasi ruang kerja di dalam rumah ini penting bagi mewujudkan suasana yang sama seperti di pejabat. Jadi jika anda mempunyai idea lain yang mampu mewujudkan suasana di tempat kerja anda, sila gunakannya sebaik mungkin.

Jom berdeko-deko.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...