(5 GAMBAR)Wanita China Jual Bayi Di Jalanan Untuk Selamatkan Suami

Trending

(5 GAMBAR)Wanita China Jual Bayi Di Jalanan Untuk Selamatkan Suami

Seorang wanita baru-baru ini dilihat cuba menjual bayi perempuannya di jalanan untuk mendapatkan wang bagi rawatan suaminya yang cedera teruk di Fuzhou, China, semalam.

sell-child-1 sell-child-2

Advertisement

Wanita itu, Ni Qiong, melutut berdekatan perhentian bas berdekatan hospital selama berjam-jam dan memegang papan tanda bertulis:

Merayu untuk jual anak saya. Penyelia menghilangkan diri setelah suami saya cedera di tempat kerja. Kami tiada duit untuk rawatan dia. Saya ingin jual anak saya bagi selamatkan bapanya.

Suami Ni, Zhou Guixing, jatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan semasa bekerja Khamis lepas. Penyelianya memberi 7,000 rmb (RM 3, 954.80) kemudian menghilangkan diri.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

sell-child-4

Kata Ni:

Saya tiada cara lain.

Ni mendiamkan diri apabila ditanya bagaimana dia hendak hidup setelah menjual anaknya.

sell-child-5

Ramai orang yang lalu-lalang memberi Ni wang dan makanan, tetapi Ni terus menangis di jalanan dengan mendukung bayi itu yang belum pun berusia setahun di belakangnya. Dua lagi anak perempuannya berdiri berdekatan.

sell-child-6

Salah seorang kakak bayi itu memberitahu pemberita Tencent News yang apabila adiknya lahir, bapanya sudah mempertimbangkan untuk menjual bayi itu, tetapi ibunya mendesak untuk terus memeliharanya. Kini, untuk suaminya, Ni memutuskan untuk turun sendiri ke jalanan bagi menjual bayinya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...