(5 GAMBAR)Wanita Cantik Heret Teman Lelaki Kerana Asyik Bermain Telefon

Trending

(5 GAMBAR)Wanita Cantik Heret Teman Lelaki Kerana Asyik Bermain Telefon

Seorang wanita China yang bengang menarik telefon milik teman lelakinya yang berpaut pada telefon itu dalam sebuah stesen tren bawah tanah kerana lelaki itu enggan berhenti bermain telefon.

Dalam gambar-gambar yang diambil oleh penumpang tren yang lain, wanita itu kelihatan sangat bengang dengan kekasihnya, sebelum mengheret teman lelakinya. Walaupun diheret, lelaki itu tetap melihat skrin telefonnya.

Advertisement


 photo article-0-20AE9D6F00000578-369_634x662.jpg

Orang ramai hanya menonton kejadian itu kerana terpempan dengan situasi tersebut. Ada yang membuat spekulasi bahawa kejadian itu hanya lakonan untuk satu syarikat pengeluar telefon, bagaimanapun mereka yang berada di situ yakin ia bukan lakonan.

Seorang saksi, Yuan Fang berkata:-

Saya terkejut kalau ia sekadar lakonan, kerana saya ada lihat seorang budak menangis melihat mereka menjerit kepada satu sama lain dan wanita itu cuba merampas telefon dari kekasihnya.

Pada masa itu mereka berdua berjalan untuk masuk ke tren. Wanita itu berjalan di hadapan manakala teman lelakinya berjalan dengan terlalu lambat di belakang dan hampir terlepas tren kerana asyik melihat telefonnya.

Wanita itu naik angin dan mula memarahi kekasihnya. Dia cuba merampas telefon itu, tetapi teman lelakinya enggan melepaskan telefon, jadi dia diheret sama oleh wanita itu masuk ke dalam tren kemudian keluar dari tren.

Menurut saksi juga, kejadian itu berakhir dengan baik apabila lelaki itu mula mengalah dan melepaskan telefonnya.

Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo article-0-20AE9D8A00000578-54_634x1023.jpg
 photo article-0-20AE9D6900000578-429_634x392.jpg
 photo article-0-20AE9D8000000578-549_634x400.jpg
 photo article-0-20AE9D8500000578-971_634x301.jpg

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...