Mengikut tradisi, penduduk bandar Dongyang, yang terletak ditengah-tengah wilayah Zhejiang di China telah menyediakan sejenis hidangan pelik yang dikenali sebagai telur rebus teruna untuk tahun ini. Dijual di kedai dan juga di gerai penjaja tempatan, telur-telur ini dikatakan lebih masam tahun ini, yang menjadikannya lebih lazat!
Ia sememangnya makanan musim bunga yang popular, dan penduduk Dongyang tahun ini sangat berpuas hati dengan telur rebus ini, yang sebenarnya dihasilkan dengan merebus telur ayam dua kali dalam kencing budak lelaki.
Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Cerita tentang telur ini dilaporkan dengan meluas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan cerita tentang telur rebus teruna sepatutnya tidak mengejutkan pengguna Internet lagi. Telur rebus teruna sudah dihasilkan di Dongyang selama berkurun lamanya dan digemari oleh penduduk tempatan. Ia dikatakan mempunyai khasiat untuk kesihatan, contohnya memberikan tenaga, menyahtoksin darah dan menyembuhkan demam.
Air kencing yang digunakan untuk merebus telur datangnya dari budak-budak lelaki berusia 10 tahun ke bawah. Hanya budak yang sihat sahaja dibenarkan menderma air kencing mereka untuk digunakan bagi merebus telur. Budak yang menghidap selsema atau penyakit lain adalah dilarang sama sekali dari menyumbang air kencing, yang didapatkan dari baldi yang diletakkan di sekolah-sekolah rendah (dan kemudiannya dikencing oleh budak) di Dongyang untuk mengekalkan ketulenannya.
Tidak cukup dengan itu, telur ini juga perlu direbus dua kali, pertama dengan kulit telur tidak diusik, dan kemudiannya sekali lagi dengan kulit telur dipecahkan sedikit. Kalau nak buat, pastikan ikut langkah yang betul, okay?
Dan inilah hasilnya telur yang sudah direbus dan sedia untuk dinikmati. Telur ini telah diiktiraf sebagai warisan budaya masyarakat Dongyang oleh kerajaan China pada tahun 2008.
Tengokkan sajalah kan. Hehe.
Sumber: iFeng