Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(5 GAMBAR)Saiful Bukhari Kahwini Personaliti TV3

Ahad lepas, telah berlangsung majlis resepsi perkahwinan bekas pembantu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan dengan personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman di Restoran Seri Melayu, Ampang, Kuala Lumpur.

Majlis resepsi ini ialah majlis pihak lelaki. Majlis resepsi pihak perempuan sebelum ini telah berlangsung di Dewan Persidangan Taman Tamadun Islam di Terengganu pada 25 Mei. Pasangan ini telah bernikah juga pada 25 Mei di Masjid Kristal, Pulau Wan Man, pada pukul 3.30 petang.

Advertisement


Wang hantaran dari Saiful kepada Nik Suryani ialah RM 41, 101. Walaupun pernah dicemari kontroversi berikutan kes liwat yang melibatkan Anwar, Saiful berharap perkahwinannya dengan wanita pilihan hatinya itu akan kekal ke akhir hayat.

Nik Suryani pula memberitahu dia memilih Saiful sebagai suami kerana Saiful seorang yang jujur dan mempunyai semangat yang kuat. Kami di BeautifulNara.com mendoakan perkahwinan mereka diberkati dan berkekalan sehingga ke syurga. Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar REDPhotography.



PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top