(5 GAMBAR)Pengacara TV China Meninggal Dunia Kerana Tolak Kemoterapi Untuk Lahirkan Bayi Sihat

Trending

(5 GAMBAR)Pengacara TV China Meninggal Dunia Kerana Tolak Kemoterapi Untuk Lahirkan Bayi Sihat

Seorang wanita China berusia 26 tahun memilih untuk tidak mendapatkan rawatan kemoterapi setelah didiagnosis menghidap kanser semasa mengandung. Dia melahirkan seorang bayi yang sihat, tetapi meninggal dunia Rabu lepas di Zhengzhou.

Zhengzhoutvhost-2

Advertisement

Qiu Yuanyuan dilahirkan pada tahun 1988 di wilayah Shandong. Dia mengikut suaminya, Zhang Quxuan ke Zhengzhou dan bekerja sebagai seorang pengacara televisyen pada tahun 2010, menurut CRI.

Kata rakan setugasnya:

Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan teliti. Bekerja 14 jam sehari normal baginya dan dia tak pernah merungut.

Qiu mendapati dia mengandung Mac lepas, namun kemudiannya mendapat tahu dia menghidap kanser semasa pemeriksaan kandungan pada bulan Julai. Kerana mahu melahirkan bayi yang sihat, dia memutuskan untuk menolak rawatan kemoterapi dan akibatnya sel kanser merebak dengan cepat di seluruh badannya. Suaminya Zhang memberitahu:

Dia tahu tak ada yang sempurna di dunia ini tetapi dia tidak akan menyesal dengan keputusan yang telah dibuat.

September lepas, Qiu jatuh sakit dan perlu berada di hospital untuk dirawat. Dia menjalani dua pembedahan iaitu Caesarian dan kemudian pembedahan untuk membuang ketumbuhan.

Zhengzhoutvhost4

Setelah dirawat selama 20 hari doktor memberitahu keluarga Qiu yang kanser sudah merebak dan tidak dapat dikawal lagi. Dia kembali ke Zhengzhou dengan keluarganya.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Qiu meninggal dunia pada 10 Disember sewaktu keluarganya sedang membuat persiapan untuk menyambut 100 hari kelahiran anak lelakinya. Pengebumian Qiu dilaporkan berlangsung pagi semalam di rumah pengebumian Zhengzhou.

Zhengzhoutvhost-4

Ribuan Netizen menggunakan forum dalam talian untuk menyampaikan rasa hormat mereka untuk ibu muda yang sanggup berkorban untuk kesihatan anaknya. Salah seorang dari mereka menulis:

Dia seorang dewi dan ibu yang hebat. Bersemadilah dengan aman.

tv-anchor-funeral

tv-anchor-funeral2

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...