(5 GAMBAR)Nubhan Selamat Bertunang Dengan Bakal Doktor Gigi

Hiburan

(5 GAMBAR)Nubhan Selamat Bertunang Dengan Bakal Doktor Gigi

Pagi semalam, bintang Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan, 28, selamat melangsungkan pertunangan dengan Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 25.

Loading

Engagement Of Nubhan & Afifah Hidayah #nubhan #nubhanafifah #samsultahirkaseh #rozanamustaffa #mua #weddingdress #wedding #photographer #kasehbutikpengantin #kameraman #jurugambarkahwin #jurufotoperkahwinan

View on Instagram

Advertisement


Menurut laporan Berita Harian, Majlis diadakan di kediaman keluarga tunangnya di Seremban 2. Khabarnya, perhubungan mereka berlangsung sejak enam tahun lepas di Pulau Pangkor ketika Nubhan menjalani penggambaran manakala tunangnya pula bercuti di situ.

Kami rancang bernikah dalam tempoh setahun lagi. Ikutkan lagi cepat lagi elok tapi dalam masa yang sama dia (tunang) perlu melunaskan baki pengajian setahun lagi di Mesir.

Dia bakal doktor gigi dan sepanjang tempoh kenal kami memang melalui cinta jarak jauh.

Saya boleh jadi separuh gila kerana cinta jarak jauh ini. Tapi Alhamdulillah ia semakin dipermudahkan. Selalunya menerusi panggilan video kami melepas rindu.

Pada mulanya juga dia tak faham kerjaya seni saya. Ambil gambar dengan artis wanita pun dia pernah cemburu. Selalunya boleh jadi gaduh sebab perkara remeh.

Tapi sekarang dia mula memahami. Selain itu dia cantik dan manja pada mata saya.

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan ini. Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua hingga tiba hari perkahwinan yang khabarnya bakal berlangsung setahun lagi.

Set gambar pertunangan ini ialah dari Samsul Taher Kasih Photography. Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.




Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...