(5 GAMBAR)Lompat Pagar Lintas Landasan, Lelaki Maut Dilanggar Keretapi ETS

Trending

(5 GAMBAR)Lompat Pagar Lintas Landasan, Lelaki Maut Dilanggar Keretapi ETS

Seorang lelaki maut dengan mayatnya berkecai selepas dilanggar Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) ketika cuba melintas landasan kereta api itu dalam kejadian di Kilometer 110.45 Kodiang-Anak Bukit, berhampiran Megat Dewa, Kedah, petang semalam.

IMG-20160515-WA0062

Advertisement

Menurut Berita Harian, mangsa, Mohd Afendy Yaziz, 20, yang menetap di Megat Dewa, Kodiang, dekat sini, dipercayai seorang penganggur.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam 4.40 petang itu, mangsa bertindak melompat pagar untuk pergi ke kedai runcit di seberang landasan sebelum dilanggar kereta api terbabit yang datang dari arah Arau ke Jitra, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan, Abd Rahim Abdullah, ketika mengesahkan kejadian, berkata cebisan mayat mangsa bertaburan sejauh satu kilometer di atas landasan berkenaan.

Beliau berkata, cebisan mayat mangsa kemudiannya di hantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan. Akibat kejadian itu, kereta api berhenti hampir setengah jam sebelum meneruskan perjalanan.

Lagi beberapa gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

IMG-20160515-WA0060
IMG-20160515-WA0061
IMG-20160515-WA0058
IMG-20160515-WA0059

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...