(5 GAMBAR)Lima Pembedahan Kecantikan Yang Berakhir Ngeri

Trending

(5 GAMBAR)Lima Pembedahan Kecantikan Yang Berakhir Ngeri

1. Wanita 25 tahun yang mendapati implan payudaranya terkeluar

Lauren Yardley sentiasa mengimpikan untuk memiliki tubuh yang menggiurkan. Pada usia 25 tahun, dia rasa muak dengan bentuk tubuhnya yang seakan budak lelaki, jadi dia membuat keputusan untuk ‘membeli’ kecantikan palsu. Dia membayar hampir £4,000 (kira-kira RM 20,000) untuk pembedahan memasukkan implan payudara, yang membesarkan saiz payudaranya dari A kepada DD.

Advertisement

Tetapi tidak dijangka olehnya, selepas dua bulan menjalani pembedahan, tubuhnya ‘menolak’ kehadiran implan tersebut yang tersembul keluar melalui kulit. Sekarang pekerja taska tersebut mahu memberi kesedaran kepada wanita akan potensi kesan buruk pembedahan kosmetik. | Pautan

2. Bekas penari bogel yang hampir mati kerana implan punggung yang tidak menjadi

Warganegara Amerika Renee Talley, seorang bekas penari bogel dan pelayan kelab malam VIP mahukan punggung yang lebih montok untuk mengekalkan statusnya sebagai antara gadis parti paling seksi di Las Vegas. Sebaliknya, keinginan itu hampir membunuhnya dan menjadikan dirinya popular tak bertempat apabila dia memuat naik video yang menunjukkan implan punggungnya yang ‘terbalik’ di bawah kulit mencapai satu juta tontonan.

Ibu kepada empat orang anak itu berhasrat untuk memberi amaran kepada wanita lain untuk mengelakkan dari menjalani pembedahan berisiko tersebut. | Pautan

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Hanya tiket pementasan 7 April 2013 (Ahad) saja yang tinggal untuk Panggung Seni Tradisional 2013: Opera Kantonis, pukul 3.30 petang, di Auditorium JKKN WPKL, Jalan Tun H.S. Lee.

Tiket berharga RM 20 (biasa) dan tiket premier berharga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad + makanan/minuman) boleh ditempah/dibeli dengan menghubungi Safran di talian 03-2614 8200 sambungan 8229. Mari kita pelihara tradisi seni warisan 1Malaysia!

3. Seorang wanita yang menyuntik sendiri silikon ke wajahnya yang bertukar ngeri

Menurut wanita ini, kesan dari suntikan silikon ke wajahnya yang dilakukan sendiri ibarat ‘mimpi ngeri yang tiada akhir’. Wanita ini yang identiti dilindungi dan hanya diberi nama samaran Mary bagaimanapun hanya ada diri sendiri untuk dipersalahkan.

Dia berniat untuk menjalani pembedahan kosmetik dengan kos yang lebih murah. Dia pernah membelanjakan USD 1, 000 (RM 3,000) bagi silikon disuntik ke wajahnya oleh doktor bertauliah. Bezanya, doktor tersebut menggunakan silikon gred medikal, sedangkan wanita ini hanya menggunakan silikon yang dibeli di Internet yang dilabel sebagai pelincir.

Dalam masa 24 jam selepas suntikan, wajah Mary menunjukkan kesan yang mengerikan. Wanita ini mengakui dia fikir bahawa selepas dia melihat sendiri suntikan silikon yang dilakukan oleh doktor, dia berupaya untuk melakukannya sendiri. | Pautan

4. Wanita yang kehilangan berat sebanyak 125 paun tetapi diburukkan oleh pembedahan menegangkan perut

Helena Grace rasa sangat beruntung apabila dia diberitahu dia boleh menjalani pembedahan menegangkan perut. Dalam masa setahun Helen telah kehilangan berat sebanyak 125 paun setelah menjalani pembedahan memendekkan usus (gastric bypass), jadi dia mempunyai lebihan kulit di sekitar perut yang kelihatan hodoh.

Helena mengharap prosedur pembedahan tersebut yang dipanggil apronectomy akan memberikan dia keyakinan diri, namun kini dia semakin tertekan dengan kesilapan pada prosedur tersebut. | Pautan

5. Lelaki yang mati selepas membuat suntikan membesarkan zakar

Seorang wanita dari New Jersey telah didakwa untuk kes membunuh setelah dia didapati menyuntik silikon ke dalam zakar seorang lelaki yang kemudiannya meninggal dunia akibat pembekuan darah.

Kasia Rivera, 34, dari East Orange telah ditahan kerana menjalankan praktik perubatan tanpa tauliah yang mengakibatkan kematian seorang lelaki bernama Justin Street. Justin mati selepas sehari menjalani suntikan di rumah Kasia. Doktor mengesahkan kematian Justin ialah disebabkan embolisme silikon sebagai kesan suntikan, menurut pendakwaraya. | Pautan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...