(5 GAMBAR)Lelaki Tiada Tangan Jaga Ibu 91 Tahun Guna Kaki Dan Mulut

Trending

(5 GAMBAR)Lelaki Tiada Tangan Jaga Ibu 91 Tahun Guna Kaki Dan Mulut

Walaupun kehilangan dua tangan dalam satu kemalangan semasa masih kanak-kanak, petani China Chen Xingyin tidak membenarkan kekurangan upaya dirinya untuk menghalangnya dari hidup normal dan bekerja keras, Lelaki berusia 48 tahun itu berasal dari bandar Chongqing membuat kerja dengan menggunakan kakinya saja, malah masih mampu menjaga ibunya yang berusia 91 tahun.
armless-hero

Cerita Chen baru-baru ini menarik perhatian netizen di China, dan dia sering menjadi tajuk utama akhbar sejak itu. Katanya kepada wakil media:

Advertisement

Saya mempunyai kaki yang kuat walaupun tiada tangan.

Chen berkeras menentang idea meminta sedekah di stesen keretapi bandar tempat tinggalnya, walaupun peminta sedekah di situ mempunyai pendapatan lebih dari dirinya. Dia lebih berminat untuk bekerja bagi menampung kehidupannya dan ibunya.
armless-hero2

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Perghhh..seteLah berehat selama hampir 2 bulan (Ramadan & Syawal)..kini Panggung Seni Tradisional 2015 kembaLi…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 23 August 2015


armless-hero4

Chen kehilangan dua tangannya dalam satu kemalangan elektrik semasa berusia tujuh tahun. Dua kakaknya berkahwin ketika dia berusia 14 tahun dan bapa serta abangnya meninggal dunia ketika usianya belum mencecah 22 tahun. Sejak itu, dia belajar memasak, bertani, dan membuat kerja rumah menggunakan kaki dan mulut.

armless-hero5Dia juga boleh memotong kayu dan menyalakan api dengan ibu jari kaki. Dia menternak babi, ayam dan juga bercucuk tanam, memiliki lebih 20 ekor kambing dan mengembala kambing itu ke padang rumput setiap petang.

Jiran-jiran Chen merasa kagum dengan semangat dan keberanian Chen yang tidak luntur. Kata salah seorang jirannya:

Walaupun tidak mempunyai tangan, dia bekerja lebih pantas dari kebanyakan manusia normal.

Kisah Chen menyebabkan dia mendapat pujian Netizen, yang merasakan mereka tidak sehebat dirinya walaupun sempurna anggota badan.
armless-hero7

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...