(5 GAMBAR)Lelaki China Berhenti Kerja Jaga Teman Wanita Hidap Kanser Terminal

Trending

(5 GAMBAR)Lelaki China Berhenti Kerja Jaga Teman Wanita Hidap Kanser Terminal

Kisah seorang lelaki berusia 24 tahun yang berhenti kerja di pekan tempat kelahirannya, Shandong di China, dan berpindah ke Henan untuk menjaga teman wanitanya yang menghidap kanser telah menyentuh hati ribuan pengguna Internet, lapor Yangzi Evening.

cancer-gf-1

Advertisement

Yu Haining telah bercinta dengan teman wanitanya Fan Huixiang, 25, selama lima tahun. Setelah mengetahui yang wanita itu didiagnosis menghidap kanser terminal pada bulan Jun lepas, dia berhenti kerja untuk menjaga wanita itu.

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

cancer-gf-3

Yu nekad untuk mengahwini Fan secepat yang mungkin. Katanya:

Tak kira apa yang berlaku, saya akan sentiasa ada di sampingnya.

Dia melamar Fan:

Kerana cinta, saya berharap pada keajaiban. Benarkan saya pakaikan kamu gaun perkahwinan.

cancer-gf-5

Bagaimanapun, Fan berasa ragu-ragu dengan perkahwinan.

Semua wanita impikan perkahwinan. Saya tak tahu berapa lama lagi akan hidup. Jika saya setuju berkahwin dengan dia kemudian mati, apa yang akan dia lakukan?

cancer-gf-6

Yu mendapat sokongan ramai dan mereka menyifatkan cintanya cinta sejati. Ramai berharap Fan akan sembuh dan mereka bersatu seperti pasangan bahagia yang lain.

Seorang dari mereka berkata:

Saya harap kamu akan dapat bersama selamanya. Terima kasih kerana membuat saya percaya yang cinta sejati itu wujud.

cancer-gf-7

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...