(5 GAMBAR)Kunjungan Istimewa Buat Remaja OKU, Mohd Firdaus Dullah

Trending

(5 GAMBAR)Kunjungan Istimewa Buat Remaja OKU, Mohd Firdaus Dullah

Kes pengabaian terhadap remaja OKU, Mohd Firdaus Dullah, 15, sememangnya mendapat perhatian ramai. Selain mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak, Firdaus telah menerima kunjungan istimewa dari Isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Sri Rosmah Mansor di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Beliau turut menyampaikan sumbangan berbentuk simpanan akaun Tabung Haji selaku Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), sebanyak RM 11,011.

Advertisement


 photo 3.jpg
 photo 4.jpg
 photo FW331464_NS03_300614_ROSMAH.jpg
 photo rosmah1transformed.jpg
 photo rosmah_M_140630-600x350.jpg

Semenjak dirawat, keadaan kesihatan Firdaus semakin baik. Beratnya bertambah sebanyak 17 kg, iaitu dua kg lebih berat dari waktu dijumpai.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) turut mengumumkan akan menjaga Firdaus.

image

Gambar: BERNAMA

Sementara itu, ibu kandung Firdaus iaitu Lolanopita Sadi, 40, telah didakwa di Mahkamah Seremban atas dua pertuduhan mengabaikan dan meninggalkan anak tanpa pengawasan pada 27 Jun. Bagaimanapun, semalam wanita itu telah dibebaskan dari lokap dengan ikat jamin RM 7, 000 yang telah dibayar oleh majikannya, Brahim’s Catering Services.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.