Gambar-gambar seorang kanak-kanak perempuan lima tahun yang ‘ditinggalkan ibu bapa’ sedang menyapu sampah sekitar komuniti Liziuan di kawasan Longhui, wilayah Hunan kini dikongsikan secara meluas di Internet.
Xia Meiling, yang mempuyai ibu bapa yang bekerja di sebuah kilang pakaian di Guangzhou, dipelihara oleh neneknya yang berusia 64 tahun menurut portal web China Youth.
Neneknya ialah seorang pekerja pembersihan yang menyewa sebuah rumah berdekatan kejiranan itu dan dia menjaga kanak-kanak itu.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Xia Meiling sering mengikut neneknya untuk membantu kerja pembersihan yang dibuat oleh wanita itu. Mereka bekerja dengan baik bila bersama, apabila seorang menyapu, seorang lagi membuang sampah.
Ramai memuji kerajinan kanak-kanak ini membantu neneknya, walaupun begitu ada yang bersimpati kerana dalam zaman serba moden ini, kanak-kanak ini nampaknya perlu bekerja lebih keras dari rakan seusianya.
Sweet atau sesuatu yang menyedihkan?