Seorang jutawan China telah bermurah hati membina rumah baru untuk semua penduduk di kampungnya.
Jutawan yang berasal dari kampung itu, Xiongkeng, yang terletak di wilayah Jiangxi, membelanjakan sejumlah 36 juta RMB (RM 19.6 juta) dari hartanya untuk membina 72 buah villa untuk diduduki oleh jiran-jirannya, lapor NetEase. Untuk berpindah masuk, penduduk hanya perlu membuat bayaran sebanyak 30, 000 RMB (RM 16, 350) untuk sebuah rumah. Mereka yang lebih tidak berkemampuan diberi villa itu secara percuma.
Bukan itu saja, orang tua dijamu makanan percuma tiga kali sehari. Mulia sungguh hati jutawan itu. Kami pasti ramai yang rasa mahu berpindah ke kampung Xiongkeng sekarang juga!