(5 GAMBAR)Hotel Bawah Laut Bakal Dibina Di Dubai

Trending

(5 GAMBAR)Hotel Bawah Laut Bakal Dibina Di Dubai

Apabila bercakap tentang idea reka bentuk yang luar biasa , Dubai mendahului carta. Emiriyah ini telah pun memiliki bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa. Jadi tidak mengejutkan bila arkitek-arkitek mereka kini bersedia untuk menyahut cabaran baru – iaitu membina sebuah bangunan separa hotel, lengkap dengan bilik-bilik yang menawarkan pemandangan hidupan di bawah aras laut.

Seksyen bawah aras laut memiliki kedalaman 10 meter dan terdiri daripada 21 buah bilik hotel yang berdekatan dengan sebuat pusat menyelam dan sebuah bar. Satu sistem pencahayaan istimewa akan menyerlahkan flora dan fauna di luar bangunan manakala teknologi tertinggi di dalam bilik hotel akan membolehkan pengunjung untuk zoom dan melihat dengan lebih dekat kepada makhluk-makhluk kecil menggunakan fotografi mikro. Pihak pembina juga akan mengutamakan keselamatan tetamu hotel ini, yang dipanggil World Discus Hotel.

Advertisement


PhotobucketPhotobucket

Photobucket

Photobucket

PhotobucketBagaimanapun, World Discuss Hotel bukanlah hotel bawah laut yang pertama di dunia, kerana gelaran itu dimiliki oleh Rangali Islands Resort di Maldives, yang menampilkan aquarium kaca bentuk dom di bawah lautan Hindi untuk pengalaman bermalam sekali seumur hidup. – Dailymail UK

***

Kepada para peminat teater tanahair, jangan lupa mengikuti Manifestasi Teater Peringkat Negeri WPKL pada 11 hingga 19 Mei 2012 di Kompleks JKKN WPKL, Jalan Tun HS Lee, KL. 8 pementasan teater setiap malam bermula jam 8.00 malam. Masuk, tonton dan hayati. Saksikan pelbagai naskhah teater antaranya ‘Gelanggang Tok Wali karya Ismail Kassan, Protes, Siling, Terapi Suci, Boneka Hidup, Misteri di Kampung Kurma dan Setan Dalam Bahaya. Maklumat lanjut, hubungi  03-2072 6431/6779

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

6 Comments

  1. sarayoo

    May 4, 2012 at 11:28 am

    ngeri plak bla tgok btul2..mmg x tntram lh aq klu tdo kt bwa 2.malang x berbau wei buat nye roboh ke ape adussss x brani lh..ne smua krja mnusia so msti ade klmahan yg trlpas pndang ke yg blh mndtg kn bahaya.. *2 pndgan aq je =) *