Apabila bercakap tentang idea reka bentuk yang luar biasa , Dubai mendahului carta. Emiriyah ini telah pun memiliki bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Khalifa. Jadi tidak mengejutkan bila arkitek-arkitek mereka kini bersedia untuk menyahut cabaran baru – iaitu membina sebuah bangunan separa hotel, lengkap dengan bilik-bilik yang menawarkan pemandangan hidupan di bawah aras laut.
Seksyen bawah aras laut memiliki kedalaman 10 meter dan terdiri daripada 21 buah bilik hotel yang berdekatan dengan sebuat pusat menyelam dan sebuah bar. Satu sistem pencahayaan istimewa akan menyerlahkan flora dan fauna di luar bangunan manakala teknologi tertinggi di dalam bilik hotel akan membolehkan pengunjung untuk zoom dan melihat dengan lebih dekat kepada makhluk-makhluk kecil menggunakan fotografi mikro. Pihak pembina juga akan mengutamakan keselamatan tetamu hotel ini, yang dipanggil World Discus Hotel.
Bagaimanapun, World Discuss Hotel bukanlah hotel bawah laut yang pertama di dunia, kerana gelaran itu dimiliki oleh Rangali Islands Resort di Maldives, yang menampilkan aquarium kaca bentuk dom di bawah lautan Hindi untuk pengalaman bermalam sekali seumur hidup. – Dailymail UK
***