Gordon Ramsay diberi bermacam gelaran dalam hidupnya, tapi kami di BeautifulNara pasti ‘lelaki sopan’ bukan salah satu daripadanya. Ramsay lebih dikenali kerana sikapnya yang suka marah-marah di dapur yang diuruskannya. Walau bagaimanapun, di sebalik stail pengurusan restorannya yang tidak konvensional, dia tidak syak lagi adalah antara chef terbaik di dunia, dan dia mempunyai beberapa buah restoran yang berjaya untuk membuktikannya.
Lahir pada tahun 1966 di Scotland, Ramsay pada mulanya bercita-cita menjadi seorang pemain bolasepak yang berjaya. Dia juga sebenarnya pada usia remaja merupakan pemain bolasepak yang amat bagus dan pernah menyertai pasukan Glasgow Rangers (Pro) pada usia 15 tahun. Dia bermain untuk Rangers dari tahun 1982 hingga 1985, tetapi kecederaan lutut menyebabkan dia terpaksa meninggalkan karier sebagai pemain bolasepak.
Selepas pengakhiran yang mengecewakan bagi karier bolasepaknya, Ramsey telah belajar dalam jurusan pengurusan hotel. Selepas graduasi, dia menjadi pelatih bersama Marco Pierre White di restoran Harvey di London. Dua tahun selepas itu, dia menyertai Albert Roux di Le Gavroche. Dia juga bekerja selama tiga tahun bersama chef-chef otai seperti Joel Robuchon dan Guy Savoy.
Pada tahun 1993, Ramsay telah mengetuai chef-chef di Restoran Aubergine yang pada masa itu baru dibuka. Dalam masa tiga tahun, dia telah diberikan dua bintang Michelin. Setelah putus hubungan dengan salah seorang pengeluar modal restoran itu, Ramsay telah meninggalkan Aubergine, membawa bersama staf-staf di bawahnya.
Chef Ramsay telah berkahwin dengan isterinya, Tana pada tahun 1996. Dia kini mempunyai tiga orang anak perempuan, Matilda, Holly dan Megan. Artikel penuh dan lagi beberapa keeping gambar Chef Ramsay ketika menghadiri 2011 Teen’s Choice Awards sekitar Julai lepas dengan membaca gosip ini sepenuhnya.
Pada tahun 1998, Chef Ramsay telah membuka satu restoran milik penuhnya iaitu Gordon Ramsay’s, pada usia 32 tahun. Ianya cepat dikenali sebagai salah satu restoran terbaik di dunia dan diberikan tiga bintang oleh Michelin.
Perangai Chef Ramsay yang suka marah-marah dan ‘memaki’ telah menjadikannya seorang yang disukai oleh penerbit-penerbit rancangan televisyen di Amerika dan United Kingdom. Salah satu program TV terkenal membabitkan Chef Ramsay ialah Kitchen Nightmares di mana Chef Ramsay mengembara ke serata England untuk mencari restoran-restoran yang teruk dan menukarnya menjadi restoran yang berjaya dalam masa dua minggu.
Populariti Chef Ramsay semakin meningkat selepas dia mengendalikan program Hell’s Kitchen. Pada mulanya ia disiarkan di United Kingdom, kemudian ia dilaksanakan di Amerika.
Walaupun dia begitu garang dalam rancangan televisyennya, hakikat yang sebenar ialah Chef Ramsay tidak bersikap begitu sewaktu dia mengendalikan restorannya yang sebenar. Katanya, “jika saya bersikap begitu di restoran saya, pasti sudah lama staf-staf saya meninggalkan saya.â€
Chef Ramsay kini turut dikenali kerana mengendalikan rancangan Master Chef US.
Hell kitchen best woo.
Chef camnie la patut ade kat masterchef malaysia..nie tak pegi ambik chef zubir..si imelda nangis dia pon tumpang sekaki menangis..haha
Kalo ye pon ko sangap ramsay takkan bergambar nak pegang tetek anak kau..tapi kalo tangan kau atas sikit perfect woo..haha
puihh…sedikit sebanyak aku rasa komen ko agak kurang pandai..ke x tak pandai langsung..si ramsay mulut puaka ne bukannya nak pgg tetek anak dia.. tu namanya peluk anak beranak..
kolot seyyh ko ni!!!!
Kesimpulan dari entry ni?
Jadilah selebriti chef bermulut longkang… lagi busuk, lagi disukai… betul ke?
TAAKK… Haahaha… Sebenarnya lumrah penonton yang inginkan kelainan. Fitrah akal kita yang sentiasa mahukan pembaharuan. Contoh paling nyata… kalau masih ingat, dihujung 80an dahulu, ada seorang selebriti chef yang berbangsa cina yang amat terkenal. Skil potongannya yang sangat laju dan dapat menyiang seekor ayam dalam masa hanya 18 saat tambahan pula, beliau fasih berbahasa Inggeris,tetapi slanganya masih berbahasa cina. Namanya Martin Yan, dan beliau pengacara rancangan Wok With Yan.
Kalau rancangan masakkannya sama seperti yang lain, haraaam tak kan kekal lama. Tapi kerana keunikkannya dan kelainan yang dia bawa, itulah yang dapat mengekalkan popularitinya hingga kini.
Poinnya di sini, kita penonton mahukan sesuatu yang unik dan berbeza. Semakin ia berbeza, semakin lakulah rancangan itu. Itu punca mengapa Chef Ramsay ini berjaya.
Kalu chef Gordon wat cara hell kitchen kat peserta Malaysia, jerit2 sumpah seranah mesti nangis woh diaorg
realiti bila berada dalam kitchen. ni yg ditontonkan dlm tv. lecturer sy pun garang mcm ni apa kes? memang kalau dlm kitchen, setiap lecturer mmg akan berubah jadi singa. memaki tak hbs2.
-dari pelajar pemakanan-
betul betul! standard r kat dalam kitchen kena marah ke maki ke apa. lecturer2 yg baik kat luar pun, bila masuk je kitchen terus bertukar. chef2 kat hotels pun majority mcm tu gak.
Kalau kt hell kitchen mulut mamat ni ya rabbi punya la longkang .. tapi bila kt masterchef usa cool jek x der pn ckp kotor2..
Nama pun Hell Kitchen, haha
bukan macam artis kat negara kita ni… kalo belakon kat drama jadi pompuan jahat bukan hanya kat drama jer tapi kat luar pon same jerrrrrrr……:)) kan kwn2.. :) )
Konfem kalu kat malaysia peserta dia boleh nangis kalu kne jerit dgn chef mcm ni…….. Antara rancangan realiti masakan terbaik
Hell’s kitchen best woo.
Comel anak die..hehe
Dia ni memang best…aku suka cara dia bawak watak dia dalam hell’s kitchen. Korang tau tak dia pernah datang malaysia? memang lawak gile arh… cuba cari kat youtube
betul3. mid year aritu. gordon great escape =) gelak je part dgn auntie aini tu. tapi sikit2 ade la mulut die cursing sana sini. hahaha.
Mmg suka sgt tgk chef Ramsay ni. ;)
suka tengok chef ni.
minah jambu tk minat masak memasak ni……….
Patot la takde org nak kat kau minah jambu..entah2 masak air pon terkial-kial lagi..haha
Kalau orang tak minat masak memasak nie konfem tak pandai masak..
kerja minah jambu nie…ngadap komputer jer 24jam..manalah ada masa nak masak2 ni…
memang pun ko ni pemalas, mentekedarah ko minat.
rugi laa minah jambu xsuke masak…huhuhuu
Malaysia pon ader chef yg besh2.. cth : chef wan, chef riz, chef ismail, chef liza..lagi .cer korang senaraikan…
Chef sabri
Ada lagi ada lagi! Chef hensem Chinese-British mixed, Chef Sherson Lian. :D
dahi dia berkedut gila haha..
itu maknanya tak cucuk botox…asli punyer..haha
x penah miss tgk hell kitchen..wlupun dy perfectionist tp dy adil n baik hati.. cayalah gordon ramsays!
yupsss…hell’s kitchen mmg marv!!=)
yupss…hell’s kitchen mmg marv!!=)
[…] Here : Beautiful Nara Dapur, GAMBARChef, Garang, Hanya, Ramsay, Televisyen Share Tweet Previous postNew […]
haha..memang hell la rancangan tu…berpuaka kot.tapi memang sangat best+gempak…..
*si bruce lim tu pun nampak gaya dah nak kearah tu…
alaaa… letih2 jer cakap hell’s klitchen nie best aper sumer…
kalau ader jer plan nak buat Hell’s kitchen Malaysia….
belum apa apa lagi dah mula orang orang rasa baik kita bukak issue agama.. kenapa nama hell’s ;lah..kenapa tak heaven lah.. nama tak elok lah.. zzzzzzz… bukan takder yang nak bagi kelainan.. kita sendiri orang malaysia takleh nak terima kelainan… pastu.. bila nak buat kelainan.. nampak sangat..terlallu mencuba.. tak natural.. zzzzzzzzz
patotnye masterchef malaysia memang kene amek chef2 camni..baru bley membina jati diri dorang supaya lagi tough n kental nak hadapi dapur realiti..igt senang ke nak dok dapur jd chef..maki hamun benda biasa..sebab kalo x kene maki hamun, x igt kesalahan nye..sebab tu chef wan agak terkilan biler tgk masterchef malaysia sebab die cakap too much drama..skit2 nanges..ape kejadahnye..ni bukan AF, Mentor ke ape, tp MASTERCHEF kot..baru la setanding ngan nama ceritenye…tu la punce2 aku lagi suke tgk JUNIOR MASTERCHEF AUSTRALIA rather than mengadap chef2 lembik yg taw nak meleleh air mata jek kat MASTERCHEF MALAYSIA….
mcm ni la chef yg pro..
aku heran dlm masterchef malaysia judges nak garang2..bkn show hell kitchen mesia pun~..masterchef kot..tgk show la yg mane sesuai
si ramsay ni dlm hell kitchen je grg,dlm masterchef USA x pun..