(5 GAMBAR)Chef Ramsay – Garang Hanya Di Dapur Televisyen

(5 GAMBAR)Chef Ramsay – Garang Hanya Di Dapur Televisyen

Gordon Ramsay diberi bermacam gelaran dalam hidupnya, tapi kami di BeautifulNara pasti ‘lelaki sopan’ bukan salah satu daripadanya. Ramsay lebih dikenali kerana sikapnya yang suka marah-marah di dapur yang diuruskannya. Walau bagaimanapun, di sebalik stail pengurusan restorannya yang tidak konvensional, dia tidak syak lagi adalah antara chef terbaik di dunia, dan dia mempunyai beberapa buah restoran yang berjaya untuk membuktikannya.

Lahir pada tahun 1966 di Scotland, Ramsay pada mulanya bercita-cita menjadi seorang pemain bolasepak yang berjaya. Dia juga sebenarnya pada usia remaja merupakan pemain bolasepak yang amat bagus dan pernah menyertai pasukan Glasgow Rangers (Pro) pada usia 15 tahun. Dia bermain untuk Rangers dari tahun 1982 hingga 1985, tetapi kecederaan lutut menyebabkan dia terpaksa meninggalkan karier sebagai pemain bolasepak.

Selepas pengakhiran yang mengecewakan bagi karier bolasepaknya, Ramsey telah belajar dalam jurusan pengurusan hotel. Selepas graduasi, dia menjadi pelatih bersama Marco Pierre White di restoran Harvey di London. Dua tahun selepas itu, dia menyertai Albert Roux di Le Gavroche. Dia juga bekerja selama tiga tahun bersama chef-chef otai seperti Joel Robuchon dan Guy Savoy.

Advertisement

Pada tahun 1993, Ramsay telah mengetuai chef-chef di Restoran Aubergine yang pada masa itu baru dibuka. Dalam masa tiga tahun, dia telah diberikan dua bintang Michelin. Setelah putus hubungan dengan salah seorang pengeluar modal restoran itu, Ramsay telah meninggalkan Aubergine, membawa bersama staf-staf di bawahnya.

Chef Ramsay telah berkahwin dengan isterinya, Tana pada tahun 1996. Dia kini mempunyai tiga orang anak perempuan, Matilda, Holly dan Megan. Artikel penuh dan lagi beberapa keeping gambar Chef Ramsay ketika menghadiri 2011 Teen’s Choice Awards sekitar Julai lepas dengan membaca gosip ini sepenuhnya.

Pada tahun 1998, Chef Ramsay telah membuka satu restoran milik penuhnya iaitu Gordon Ramsay’s, pada usia 32 tahun. Ianya cepat dikenali sebagai salah satu restoran terbaik di dunia dan diberikan tiga bintang oleh Michelin.

Perangai Chef Ramsay yang suka marah-marah dan ‘memaki’ telah menjadikannya seorang yang disukai oleh penerbit-penerbit rancangan televisyen di Amerika dan United Kingdom. Salah satu program TV terkenal membabitkan Chef Ramsay ialah Kitchen Nightmares di mana Chef Ramsay mengembara ke serata England untuk mencari restoran-restoran yang teruk dan menukarnya menjadi restoran yang berjaya dalam masa dua minggu.

Populariti Chef Ramsay semakin meningkat selepas dia mengendalikan program Hell’s Kitchen. Pada mulanya ia disiarkan di United Kingdom, kemudian ia dilaksanakan di Amerika.

Walaupun dia begitu garang dalam rancangan televisyennya, hakikat yang sebenar ialah Chef Ramsay tidak bersikap begitu sewaktu dia mengendalikan restorannya yang sebenar. Katanya, “jika saya bersikap begitu di restoran saya, pasti sudah lama staf-staf saya meninggalkan saya.”

Chef Ramsay kini turut dikenali kerana mengendalikan rancangan Master Chef US.




Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...