5 Filem Tentang Virus Wajib Tonton Sepanjang MCO

COVID-19

5 Filem Tentang Virus Wajib Tonton Sepanjang MCO

Beberapa hari lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pertambahan lagi 14 hari MCO (Movement Control Order) untuk memastikan negara kita betul-betul bersih daripada wabak Covid-19.

Ada diantara masyarakat kita yang gelisah, bosan risau tak tahu nak buat apa sepanjang MCO ini. Hanya terperap di rumah. Kalau baca di Twitter macam-macam perkara dan hobi pelik mereka lakukan sepanjang MCO.

Advertisement

Baca: 10 Program Terbaik Di Netflix Untuk Anda Tonton Di Rumah Selama Dua Minggu Ini

Apa kata anda luangkan masa untuk tonton lima buah filem cadangan daripada kami tentang virus bahaya yang melanda sesebuah negara. Teringat pula kami tentang filem berkisarkan wabak dan virus yang menarik untuk ditonton. Berikut kami senaraikan lima buah filem best yang korang boleh tonton.

1. The Flu

the flu

Pelakon : Jang Hyuk, Soo-Ae, Park Min-ha, Yoo Hae Jin

Filem ni mengisahkan tentang wabak H5N1 merebak ke seluruh populasi urban dengan 2000 kes setiap satu jam dan kematian terjadi selepas 36 jam jangkitan. Bayangkan setiap satu jam ada 2000 lebih kematikan. Akibat virus yang merebak itu, sesiapa yang menghidap wabak tersebut dikuarantin dan dipulaukan. Sehingga satu tahap pihak kerajaan tak dapat mengawal penularan virus ini sehingga terpaksa menembak mati rakyat mereka yang dijangkiti. Fuhh! Dahsyat! Dalam perjuangan meneruskan hidup, seorang bomba dan doktor datang untuk mencari penawar. Kami bagi 5/5 bintang filem ini.

2. Inferno

inferno

Pelakon : Tom Hanks, Felicity Jones, Omar Sy, Ben Foster,, Irrfan Khan, Sidse Babett Knudsen

Tom Hanks kembali dengan watak Robert Langdon, seorang professor Harvard dan symboligist yang perlu merungkai petunjuk di Florence bersama dengan sekutunya, doktor Sienna Brooks. Bersama mereka perlu menghentikan wabak yang dibuat oleh seorang ahli genetik gila yang mahu mengurangkan populasi manusia. Filem ini penuh dengan aksi suspen yang membuatkan anda rasa tak sabar nak tahu apakah yang akan berlaku seterusnya. Filem ini kami bagi 4.5/5 bintang.

3. Contagion

contagion

Pelakon : Matt Damon, Kate Winslet, Gwyneth Paltrow, Jude Law, Laurence Fishburne, Marion Cotillard

“Contagion” mengisahkan tentang kepantasan sejenis virus pembawa maut yang disebarkan di udara dalam hanya beberapa hari. Dalam pada wabak maut tersebut merebak pantas, sepasukan doktor dari serata dunia berganding bahu mencari penawar dan cuba mengawal kepanikan orang ramai yang menular lebih cepat berbanding virus tersebut. Bila kami tonton filem ini, boleh dikatakan filem ini lebih kurang sama dengan wabak Covid-19. Banyak fake news yang tersebar daripada virus itu sendiri.

Filem ini turut memaparkan sisi lain kehidupan insan biasa yang masih berjuang dalam masyarakat yang sedang bergolak. Kami bagi 5/5 bintang filem ini.

4. Train To Busan

train to busan

Pelakon : Gong Yoo, Ma Dong-Seok, Jung Yu-mi, Choi Woo-Shik, Ahn So-Hee, Kim Soo-Ahn

Wabak virus zombi mula merebak di Korea Selatan, menyebabkan mereka yang dijangkiti menjadi agresif dan ganas. Sekumpulan orang yang terselamat cuba melarikan diri dengan menaiki kereta api KTX dari Seoul ke Busan, yang mana berkemungkinan tempat selamat untuk pelarian. Apabila kami tonton filem ini, pelbagai emosi sedih, marah dan takut bercampur baur. Jalan ceritanya juga menarik, berkisahkan tentang survival hidup di saat gentir.

Cuba korang bayangkan nak kena makan dengan zombie. Fuhh. Mendebarkan. Dalam perjalanan ke Busan, mereka masih terpaksa bergelut untuk menyelamatkan diri. Filem ni kami bagi 5/5 bintang.

5. Resident Evil – Collection

resident evil final chapter

Pelakon : Milla Jovovich, Ali Larter, Oded Fehr, Mike Epps

Sebuah syarikat Umbrella Corporation telah melakukan ujikaji vaksin dan senjata bio-teknologi yang dikenali sebagai T-Virus dan telah dicuri oleh seseorang. Salah satu tempat penampungan virus itu pecah dan menjangkiti semua orang di dalam pejabat Umbrella Corporation yang berubah menjadi zombie. Filem ni banyak kronologi, korang boleh tengok dari episod satu sehingga yang latest. Setiap kronologi filem ini memaparkan kisah untuk menghapuskan generasi manusia yang semakin banyak di atas muka bumi.

Kemudian, pasukan khas telah diturunkan ke sana untuk mematikan sistem dalam makmal dan mereka perlu berhadapan dengan zombie.

Inilah antara lima buah filem sepanjang MCO ini, boleh lah ajak keluarga tonton dalam mematuhi arahan daripada pihak kerajaan. Selamat menonton.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...