5 Fakta Menarik Filem Dua Garis Biru Yang Mengangkat Masalah Isu Semasa Remaja

Trending

5 Fakta Menarik Filem Dua Garis Biru Yang Mengangkat Masalah Isu Semasa Remaja

Kebiasaannya kalau sebut tentang filem Indonesia mesti ramai yang terbayangkan filem seram sahaja kan? Kali ini dengan genre romance dan coming of age, filem Dua Garis Biru bakal menemui penonton di Malaysia pula.

Filem yang berjaya mendapat kutipan lebih 2.5 juta di Indonesia ini membawakan dua pelakon remaja Adhisty Zara dan Angga Yunanda sebagai teraju utama.

Advertisement

Percintaan remaja

pelakon utama filem dua garis biru
Dua teraju utama iaitu Bima dan Dara merupakan pelajar sekolah yang sedang bercinta. Seperti pasangan muda yang lain, filem ini juga menampilkan babak-babak percintaan diantara mereka berdua.

Jalan cerita yang kemas tanpa sebarang plot yang tidak sepatutnya membuatkan penonton mudah untuk memahami jalan penceritaan. Konflik utama berlaku apabila hubungan mereka melepasi batasan dan menyebabkan Dara hamil pada usia muda.

Isu hamil luar nikah

pelakon utama dua garis biru
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 3,694 remaja hamil luar nikah pada tahun 2017. Oleh kerana filem ini mengangkat isu yang sering berlaku di dalam masyarakat, membuatkan penonton rasa lebih dekat dengan isu ini.

Tapi yang menariknya di dalam filem ini, tindakan daripada keluarga dalam menangani isu ini boleh dijadikan panduan pada masyarakat.

Tanggungjawab di usia muda

Selepas Dara didapati hamil, mereka berdua terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa pada usia yang muda. Walaupun Bima lahir dalam keluarga yang bukan senang, itu bukan lah alasan untuknya lari dari situasi ini.

pelakon dua garis biru
Bima berusaha untuk menanggung keluarga kecilnya itu sementara Dara terpaksa melupakan impiannya untuk menyambung pelajaran di Korea. Mungkin ini boleh dijadikan kesedaran pada remaja luar sana tentang bahayanya seks tanpa nikah ini.

Unsur komedi

pelakon filem
Mungkin ada yang rasakan filem ini terlalu ‘berat’ dengan isu sensitif yang dibawa tetapi jangan risau. Terdapat babak-babak lucu yang diketengahkan bagi mengurangkan ketegangan yang berlaku.

Watak ibu Bima dilihat sebagai penghibur dengan lawak sarkastik darinya dan kami yakin anda juga akan turut sama terhibur. Kalau nak tahu babak yang mana, kena lah tengok di pawagam nanti!

Pelakon muda berbakat

pelakon indonesia
Untuk pengetahuan anda, kedua teraju utama ini antara pelakon muda yang senang mencipta nama di dalam industri perfileman Indonesia.

Adhisty Zara yang membawakan watak Zara pernah membintangi filem pecah panggung di Indonesia iaitu Dilan 1990 sementara Angga Yunanda dengan filem Sajen.

poster dua garis biru

Filem Dua Garis Biru akan berada di pawagam Malaysia pada 3 Oktober 2019 ini. Jangan lupa saksikan kesudahan kisah Bima dan Dara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...