Kebiasaannya kalau sebut tentang filem Indonesia mesti ramai yang terbayangkan filem seram sahaja kan? Kali ini dengan genre romance dan coming of age, filem Dua Garis Biru bakal menemui penonton di Malaysia pula.
Filem yang berjaya mendapat kutipan lebih 2.5 juta di Indonesia ini membawakan dua pelakon remaja Adhisty Zara dan Angga Yunanda sebagai teraju utama.
Percintaan remaja

Jalan cerita yang kemas tanpa sebarang plot yang tidak sepatutnya membuatkan penonton mudah untuk memahami jalan penceritaan. Konflik utama berlaku apabila hubungan mereka melepasi batasan dan menyebabkan Dara hamil pada usia muda.
Isu hamil luar nikah

Tapi yang menariknya di dalam filem ini, tindakan daripada keluarga dalam menangani isu ini boleh dijadikan panduan pada masyarakat.
Tanggungjawab di usia muda
Selepas Dara didapati hamil, mereka berdua terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai ibu bapa pada usia yang muda. Walaupun Bima lahir dalam keluarga yang bukan senang, itu bukan lah alasan untuknya lari dari situasi ini.

Unsur komedi

Watak ibu Bima dilihat sebagai penghibur dengan lawak sarkastik darinya dan kami yakin anda juga akan turut sama terhibur. Kalau nak tahu babak yang mana, kena lah tengok di pawagam nanti!
Pelakon muda berbakat

Adhisty Zara yang membawakan watak Zara pernah membintangi filem pecah panggung di Indonesia iaitu Dilan 1990 sementara Angga Yunanda dengan filem Sajen.
