Kebiasaannya orang kita bila dapat tahu tempat makan yang lazat-lazat, pasti gigih nak ke sana kemari. Tak kisah lah samaada jauh atau dekat tapi apa yang pasti mesti pergi lebih-lebih lagi jika yang jenis kaki makan dan suka makan.
Contohnya ada yang sanggup ke Pulau Pinang untuk pekena Nasi Kandar,sanggup ke Kajang untuk rasa Sate dan sanggup ke Batu Pahat untuk Briyani Asli Johor.
Tapi sekarang tak perlu dah susah payah drive ke Batu Pahat kerana Briyani Asli Johor boleh didapati kat Putrajaya je.
Portion Besar ni boleh makan dua orang. Banyakkan? Haa! Kalau dah boleh makan dua orang ni memang banyaklah jawabnya. Heheh. Heaven!
Bukan tu je, ada dua jenis Briyani paling popular seperti Briyani Kambing dan Briyani Ayam Merah. Pada pandangan admin sendiri, admin suka dengan kedua-dua jenis briyani ni sebab ada kesedapan tersendiri. Tengok pun dah tahu!
Dan khabarnya nasi briyani ni sangatlah laku. Memang cepat habis. Sebelum jam 2 petang habis clear dah!
So better datang awal kalau teringin nak makan. Kalau lambat jawabnya datang pada hari yang seterusnyalah.
Bila dah berselera menjamu perut yang bahagia dengan keenakan nasi briyani, jangan lupa tempah minuman 3 pilihan air yang boleh korang pilih untuk melegakan tekak bila tengah makan.
Kombinasi ketiga-ketiga jenis air ni memukau kalbu admin pulak. Aduhh! Pekat2 lak tu warnanya. Mesti “kick” punya ni!
Air paling famous kat kedai ni ialah Air Jagung,Bandung Doda dan Assam Boi. Mesti cuba okey!
Untuk pengetahuan korang pada setiap hari Jumaat pulak owner berbesar hati untuk bagi air Sirap Selasih free dan hari biasa air kosong boleh refill banyak-banyak dengan percuma je! Syok woo!
Kalau nak rasa makanan lain pun ada jugak seperti Nasi Ayam,Nasi Ekonomi dan Mee Bandung Muar(akan datang). Kalau korang nak rasa juga, admin rekomen pergi terjah restoran tu. Follow facebook dan instagram dorang ni untuk tengok gambar2 lain.
Kat bawah ni admin sertakan detail lanjut untuk maklumat korang..
Restoran Selera Tokwan Putrajaya
Alamat :
No 8 Jalan P8 G/1 (sebelah ayer@8)
Presint 8, Putrajaya.
No Telefon :
012-6088148
Facebook : Selera Tokwan Putrajaya
Instagram : @Seleratokwan_putrajaya
Waktu Operasi
Isnin – Jumaat
11:30am – 6:30pm
Sabtu & Ahad
10:45am – 3:45pm