5 Ciri Ini Hanya Ada Pada Mereka Yang Suka Sangat Berhutang, Tolonglah Berubah!

Trending

5 Ciri Ini Hanya Ada Pada Mereka Yang Suka Sangat Berhutang, Tolonglah Berubah!

shpgtumblrMasalah anak muda sekarang ialah suka sangat berhutang semata-mata untuk memenuhi keinginan yang tak penting.

Bila hutang banyak, mula la pening kepala. Hidup makan pagi kias pagi hanya untuk bayar hutang je. Takut-takut muflis nanti dik!

Advertisement

Anda ni jenis yang suka berhutang ke? Cuba tengok ciri-ciri ni, ada tak pada diri anda?

Tak boleh tengok orang lain lebih

Pernah tak anda beli sesuatu sebab orang lain pun ada? Jangan! Ini namanya hasad dengki. Jika tak mampu beli dan tak gunakannya, tak perlu la nak beli.

Cara hidup lebih dari gaji

Katakanlah gaji RM2,000, takkan la nak hidup macam gaji RM4,000. Nak pergi melancong ke luar negeri la, apa la. Mana nak dapat duit? BERHUTANG!

Suka beli barang yang tak perlu

Mungkin anda mampu bayar semua bil kad kredit setiap bulan. Tetapi, kalau ada hobi membeli barang yang tak diperlukan, itu namanya membazir. Dah la berhutang, tapi beli barang tak guna. Motif!

Tak ada duit simpanan

Bila sampai satu masa nak pakai duit, tapi tak ada simpanan, jalan yang tinggal ialah berhutang. Tak kira gaji kecil mana pun, belajar untuk menyimpan.

Tak buat catatan kewangan

Mereka yang suka berhutang ni memang tak pandai uruskan kewangan, sebab tu duit habis macam tu je. Lepas tu mula la berhutang. Catat setiap perbelanjaan supaya anda tahu ke mana duit anda pergi.

sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...