5 Cili Ini ‘Dinobatkan’ Paling Pedas Di Dunia Untuk Mereka Yang Kaki Pedas

Trending

5 Cili Ini ‘Dinobatkan’ Paling Pedas Di Dunia Untuk Mereka Yang Kaki Pedas

pertandingan makan cabai

Anda ada kawan yang suka kunyah cili padi mentah-mentah begitu saja semasa makan nasi? Kita tengok dari jauh pun dah boleh rasa kepedasannya kan.

Advertisement

Sedangkan ada di kalangan kita yang makan sambal belacan sikit saja pun dah rasa termengah-mengah cari air.

Tapi jangan pandang sebelah mata bagi mereka yang ‘gilakan pedas’ ni.

Diorang sanggup telan kepedasan ni demi merasa nikmatnya sesuatu makanan tu.Tapi rasa-rasa korang berani ke nak makan 5 cili yang terpedas di dunia ni?

Tahukah anda, cili padi yang dikatakan sangat pedas itu hanya mempunyai bacaan skala Scoville lebih kurang 100,000 – 250,000 SHU sahaja?

Dulu, lada habanero terkenal kerana pernah menjadi lada terpedas di dunia. Tapi kini terdapat lada-lada baru ini mendahului takhta lada paling hangat dan meletup dalam dunia:

makan cili habanero dah tak pedas sangat dah sekarang

#1 The Carolina Reaper (Skala Scoville : 2,200,000 SHU)

Sejak tahun 2013, Rekod Dunia Guinnes mengiktiraf the Carolina Reaper, atau nama asalnya “HP22BNH7” sebagai lada terpedas di dunia. Spesies lada ini dibakakan oleh seorang peladang bernama Ed Currie yang memiliki Syarikat PuckerButt Pepper di Carolina Utara.

carolina reaper 179

Lada ini merupakan hasil kacukan dua bekas pemegang rekod lada terpedas iaitu lada hantu dan habanero Red Savina. Dengan tahap kepedasan 400 kali melebihi jalapeño, Carolina Reaper masih diiktiraf sebagai lada terpedas di dunia sehingga ke hari ini.

makan pedas sampai meraung

Pasar raya Tesco di United Kingdom telah dikecam pada tahun lepas kerana memulakan penjualan lada ini kerana dikhuatiri mengakibatkan kesan berbahaya kepada pengguna. Ini disebabkan cili ini tidak boleh dipegang tanpa sarung tangan, menyebabkan iritasi pada kulit dan tidak boleh dimakan bulat-bulat.

#2 Trinidad Moruga Scorpion (2,000,000 SHU)

Baca nama pun dah menakutkan sebab ada unsur kala jengking yang seolah-olah boleh menyengat lidah.

Walaupun pada tahun 2012 Institut Lada di Universiti New Mexico telah mengiktiraf Trinidad Moruga Scorpion ini sebagai lada terpedas di dunia, namun ia tidak pernah disenaraikan secara rasmi oleh Rekod Dunia Guinness.

trinidad moruga scorpion

#3 Trinidad 7 Pot Douglah (1,853,936 SHU)

Lada ini juga datang dari Trinidad. Ia diberi nama 7 Pot Douglah kerana dikatakan satu lenggai lada ini sahaja sudah boleh memedaskan sebanyak 7 periuk stu. Douglah merupakan lada yang agak rare kerana kulitnya yang hitam manis dan ‘berjerawat’.

7 pot douglah

#4 7 Pot Primo (1,473,480 SHU)

Lada ini dicipta oleh seorang ahli hortikultur dari Louisiana bernama Troy Primeaux atau lebih dikenali sebagai Primo. Primo mula mengacukkan biji-biji daripada lada Naga Morich dan Trinidad 7 Pot Douglah sejak tahun 2005 lagi dan telah menanam lada ini selama 8 generasi.

Struktur fizikal lada ini agak berketul-ketul, herot-benyot dan mempunyai ekor halus di hujungnya. Ia boleh juga didapati dalam variasi warna berlainan seperti jingga dan kuning.

7 pot primo

#5 British Komodo Dragon (1,400,000 SHU)

Lada ini dihasilkan oleh pengeluar cili terbesar di United Kingdom, Salvatore Genovese.

Ia merupakan variasi terbaru 7 Pot, Naga, dan Jolokia. Apabila anda memakan lada ini, anda tidak akan terasa pedasnya biasa-biasa sahaja. Lama-kelamaan, mulut anda akan mula terasa pedih dan hangat.

komodo dragon

Dua orang sukarelawan pernah menjalani ujian merasa lada ini dan mendapati rasa pedas itu masih tidak hilang sepenuhnya walaupun setelah meneguk 2.3 liter susu dan 1 liter air.

Amacam? Adakah anda berani nak tumbuk sambal belacan guna cili-cili terhangat ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...