Melihat keindahan dan menikmati wangian bunga sakura adalah salah satu impian Abang Nara yang belum tercapai lagi. Diri ini amat teringin untuk merasai sendiri betapa indahnya salah satu keunikan dan kecantikan alam semula jadi yang menjadi tumpuan jutaan manusia setiap kali tibanya musim bunga.
Abang Nara dah banyak buat kajian tentang bunga sakura. Ada beberapa cara untuk kita mendapatkan pengalaman terbaik dalam merasai keindahan dan kewangiannya. Antaranya ialah:-
1. Festival bunga sakura di Jinhae, Korea
Setiap tahun, jutaan pelancong dari seluruh dunia akan terbang ke Korea Selatan untuk menikmati keindahan musim bunga sakura di Jinhae. Ia kini telah menjadi festival tahunan yang dipenuhi dengan pelbagai persembahan seperti tarian tradisional, persembahan ketenteraan dan sebagainya. Anda pasti akan terkesima melihat keindahan bunga sakura di sini. Memang antara tempat terbaik di dunia untuk menikmati fenomena indah ini.
2. Terbang ke Jepun
Sekiranya anda mempunyai bajet lebih, maka belilah tiket kapal terbang ke Jepun sekitar bulan April/Mei untuk melihat bunga sakura dengan mata anda sendiri. Paling best tentang musim bunga sakura Jepun ialah ia ada di mana-mana. Semua tempat dipenuhi dengan bunga sakura. Tapi kalau anda mahukan pengalaman terbaik dan unik, bolehlah ke Ueno Park Tokyo, bandar Sapporo di Hokkaido atau Pulau Honshu. Kesemuanya menawarkan pemandangan bunga sakura yang menakjubkan.
3. Cuba Rexona Fresh Sakura
Anda teringin sangat-sangat nak merasai dan menghidu betapa wanginya bau bunga sakura itu tanpa perlu menunggu musim bunga atau terbang ke luar negara? Senang je caranya. Dapatkan deodorant Rexona Fresh Sakura yang telah pun menjadi pilihan ribuan rakyat Malaysia.
Selain itu, gabungan ramuan pemutih semulajadi, vitamin E, ekstrak licorice dan penggunaan teknologi Motionsense Rexona akan memberikan anda ketiak yang putih secara semulajadi yang kekal kering dan segar sepanjang masa. Paling penting, anda akan berbau seperti bunga sakura dan pastinya akan membuatkan orang sekitar anda terpaku dan terpesona dengan kewangian badan anda. Terbaik kan?
Sekiranya anda mempunyai masalah ketiak hitam selepas bercukur atau menggunting bulu, maka Rexona Fresh Sakura ini adalah penyelesaian terbaik buat anda.
Tiada sebarang alcohol digunakan, cepat kering, tiada bau badan akan terhasil dan memberikan perlindungan selama 48 jam kepada ketiak anda. Senang cakap, sekali anda dah guna dan dah nampak kesan serta kewangiannya, confirm tak akan pilih deodorant lain. Wangi dah confirm, ketiak pula putih semulajadi. Memang all in one sungguh.
Pada mulanya kami pun tak beberapa yakin tetapi laman Try and Review ini telah membukitkan bahawa 8 dari 10 orang wanita bersetuju yang Rexona Advanced Whitening ini memang efektif dari segi “whitening” dan juga kesegaran yang lebih tahan lama ! Rating yang mereka berikan? 4.8/5 !
Kalau anda berminat untuk membuat pembelian dengan segera, anda boleh beli di sini!
P.S: Selain daripada Fresh Sakura, Rexona juga turut mengeluarkan produk yang sama dengan wangian segar bunga Lily. Jadi kalau anda nak tukar-tukar bau, boleh cuba setiap satu. Jangan risau semua efek yang ada pada Rexona Fresh Sakura ada pada Rexona Lily Freshness ini.
4. Rimbunan bunga sakura di sebalik Eiffel Tower, Paris
Sekiranya anda mempunyai bajet lebih dan ingin melancong ke Eropah sambil bergambar dengan si dia tercinta di sebalik rimbunan bunga sakura, kota Paris adalah pilihan yang paling tepat. Keromantikan anda pasti jelas terserlah apabila ber’posing’ dengan bunga-bunga sakura dengan berlatarbelakangan Eiffel Tower. Pasti akan lebih mesra dan kukuh ikatan percintaan anda bersama si dia.
5. Pergi ke Alor Setar
Sekitar bulan Mac, bandar Alor Setar di Kedah akan bertukar seolah-olah musim bunga sakura di Jepun.
Tahun ini, landskap bandar ini sekelip mata berubah apabila pokok tekoma atau pun nama saintifiknya tabebuia rosea mula mekar dengan mengeluarkan bunga berwarna merah jambu putih awal bulan Mac. Memang terasa macam duduk di luar negara. Tak payah susah-susah nak beli tiket kapal terbang.
Jadi tak perlu lagi anda travel jauh-jauh untuk menikmati keindahan bunga sakura. Kalau drive dari KL, 6 jam dah sampai dah. Tapi ingat, bulan Mac sahaja!