5 Cara Mudah Untuk Tambah Pahala Di Bulan Ramadhan Ini

Hiburan

5 Cara Mudah Untuk Tambah Pahala Di Bulan Ramadhan Ini

Ramadhan hanya tinggal lebih kurang seminggu sahaja lagi. Inilah masa yang terbaik untuk kita merebut peluang menambah pahala. Di bulan mulia inilah, pahala kita akan  dilipatgandakan olehNya.  Jadi untuk memudahkan anda membuat pahala, izinkan Abang Nara nak kongsi 5 cara mudah yang boleh anda cuba.

ramadhan niatbersama

Advertisement

1. Bayarkan juadah berbuka di bazar Ramadhan

ramadhan niatbersama

Pelbagai juadah berbuka yang popular seperti roti john, roti jala, nasi ayam, nasi beriani dan kuih muih ada dijual di bazar Ramadhan. Anda boleh “bersedekah” dan menambah pahala dengan cara “membayarkan terlebih dahulu” (pay it forward dalam bahasa omputihnya) kepada empunya kedai untuk membolehkan pengunjung seterusnya tidak perlu membayar untuk membeli juadah berbuka di gerai tersebut. Contohnya anda pergi ke kedai jual karipap, anda hulurkan RM100 kepada makcik kedai itu dan berkata “makcik, tolong ye bagikan karipap FREE sampai habis nilai RM100 nie. Saya nak belanja orang berbuka.”. Mudah kan?

2. Membelanja rakan-rakan/ahli keluarga/mereka kurang bernasib baik berbuka puasa

ramadhan niatbersama

Sesungguhnya Rasullah S.A.W telah bersabda “Sesiapa yang menjamu orang untuk berbuka, baginya pahala seperti pahalanya”. Ini bermakna kalau kita mengeluarkan sedikit wang belanja untuk membeli juada berbuka buat ahli keluarga, rakan-rakan atau mereka yang kurang bernasib baik, Insya Allah pahala berpuasa kita pun akan berlipat kali ganda. Nak lagi bagus, bawalah mak ayah berbuka puasa di luar pada hujung minggu ini. Dapat pahala gembirakan hati orang tua dan pahala membelanja orang berbuka puasa. Kombo terbaik!!!

3. Bangun malam mencari Lailatul Qadar

ramadhan niatbersama

Ha, confirm ramai pembaca BeautifulNara yang terus masuk tidur selepas selesai menunaikan solat terawih kan? Jangan lupa untuk memasang alarm kerana kita sekarang dah berada di 10 malam terakhir. Inilah peluang untuk kita melipatgandakan pahala kita seumpama 1000 bulan dengan mencari malam Lailatul Qadar. 1000 bulan ini adalah bersamaan dengan 83 tahun. Sekali kita jumpa Lailatul Qadar, Insya Allah cukup pahala kita untuk seumur hidup. Amin!!!

4. “Topup”kan akaun Digi keluarga/kawan-kawan anda

Sempena bulan Ramadhan ini, Digi telah melancarkan inisiatif #NiatBersama demi mengajak semua pengguna Digi melakukan amal kebaikan dan kebajikan dengan niat yang ikhlas, suci dan murni. Bersempena #NiatBersama ini juga, Digi turut menyediakan satu cara untuk kita selaku pengguna Digi menambah pahala di samping berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang awesome.
ramadhan niatbersamaCara nak mengumpul pahala bersama Digi sambil berpeluang menang hadiah-hadiah best ini ialah dengan ini meng“topup”kan akaun Digi kawan-kawan/ahli keluarga tercinta menerusi applikasi MyDigi. Dengan minimum “topup” RM15, kita akan dapat 1 Digi Share Reload Badges. Kumpulkan sampai 5 badges untuk membolehkan korang beraya dengan salah satu hadiah awesome di bawah:-

Pemenang Pertama > Samsung Galaxy Note 8
Pemenang Kedua > Vivo Y66
Hadiah saguhati > RM50 Digi Cash Voucher

ramadhan niatbersamaKalau anda blur tak tak tahu macam nak “topup”kan orang lain menerusi applikasi MyDigi, sila ikut langkah-langkah di bawah:-

1. Download dulu applikasi MyDigi di Google Play Store atau Apple Store

mydigi

nak check balance Internet boleh, nak dapat diskaun boleh, rewards pun banyak. Terbaik kan app MyDigi nie?

2. Bukak applikasi MyDigi dan pilih Digi Share

ramadhan niatbersama

3. Masukkan nombor mereka yang bertuah itu

ramadhan niatbersama

4. Topupkan nombor tersebut dengan minimum RM15.

ramadhan niatbersama

5. Kumpul 5 Digi Share Reload Badges untuk menangi hadiah-hadiah

ramadhan niatbersama

Senang kan? Kalau tak menang pun, at least kita dah berjaya menggembirakan hati kawan-kawan/ahli keluarga dengan memberikan memang “reload” percuma. Insya Allah pemberian dengan ikhlas ini akan membolehkan kita mendapat pahala yang berlipat kali ganda. Terima kasih Digi atas inisiatif #NiatBersama ini. Sekurang-kurangnya kita mempunyai alternative untuk melakukan ibadah dan menambah pahala dengan cara yang unik dan menarik. Maklumat lanjut boleh layari https://new.digi.com.my/promotion/mydigi-raya-campaign.

5. Bayar zakat fitrah secepat mungkin

digi

Spiderman pun tak lupa bayar zakat, korang jangan wat-wat lupa plak

Ha, ini satu perkara mudah untuk menambah pahala yang sering dilupai sehingga kita suka buat last-last minute. Bayar zakat fitrah ini sangat bagus jika dilakukan di awal bulan Ramadhan agar memudahkan pihak berkenaan mengagihkannya kepada mereka yang memerlukan. Jangan lupa untuk membayar zakat fitrah buat isteri dan anak-anak sekiranya anda merupakan seorang ketua keluarga. Selalunya kaunter pungutan zakat fitrah akan dibuka di shopping mall, bazar ramadhan dan masjid-masjid sepanjang bulan ini. Jadi silalah cepat-cepat pergi bayar. Jangan lengahkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...